Info Terkini!! Rebat Telefon Pintar Mulai 1 Januari 2013




Semua belia yang berusia di antara 21 sehingga 30 tahun boleh memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Ianya berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Belia yang layak menikmati rebat RM200 boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.



Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah :

http://skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Press-Release-PKB-GMBO-BM.pdf

p/s : siapa cepat dia dapat!! :)

Info Terkini!! Rebat Telefon Pintar Mulai 1 Januari 2013 Unknown Rating: 5

0 KOMEN:

Post a Comment