Lokasi Pemasangan AES Bagi Negeri Sabah

AES merupakan Sistem Penguatkuasaan Automatik yang digunakan untuk mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik dengan menggunakan kamera tetap atau mudah alih. Ianya akan digunakan untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Anda tidak perlu risau dengan sistem AES kerana amaran yang mencukupi akan diberikan dalam bentuk papan tanda sebelum anda memasuki zon AES. 

Tujuan sistem ini adalah hampir sama dengan kamera speed trap terdahulu cuma bezanya tidak ada lagi kamera tersembunyi untuk merekodkan kesalahan trafik dalam AES. Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan mereka yang memandu melebihi had laju akan dapat dilihat antara dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi AES tersebut dan lokasi kamera yang mengesan mereka yang melanggar lampu merah akan diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat tersebut. Kamera ini juga mampu mengesan kesalahan pemandu yang memandu melebihi had laju pada waktu malam dengan menggunakan flash.
klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar


Manakala untuk melihat lokasi pemasangan AES bagi negeri-negeri lain bolehlah klik pada LINK di bawah :

Laporan Penuh Punca Cuaca Sejuk Di Malaysia


Apakah punca sebenar cuaca sejuk melampau di Malaysia Januari 2014. Kenapa cuaca di Malaysia menjadi semakin sejuk? Maklum balas Jabatan Meteorologi mengenai Punca Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia. Fenomena Cuaca Sejuk luar biasa ini mulai trending di media sosial dan menjadi topik hangat diperkatakan. 

Berikut merupakan laporan penuh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai keadaan cuaca sejuk di Malaysia.