Gwiyomi Nazim Othman Vs Gwiyomi Faizal Ismail


Gwiyomi Nazim Othman Vs Gwiyomi Faizal Ismail
Fenomena Gwiyomi nampaknya telah melanda kebanyakan laman sosial masyarakat negara ini.

Lebih hebat lagi apabila ianya turut melanda kepada selebriti popular tanah air, dari si cantik Wawa Zainal sehinggalah si comel Nora Danish.

Selebriti lelaki juga tidak kurang hebatnya, apabila masing-masing tampil dengan gaya serta ekspresi tersendiri dalam menjadikan Gwiyoma ciptaan mereka menjadi pilihan dan tontonan peminat.

Pelakon kacak, Nazim Othman misalnya telah membuktikan gerak gaya Gwiyomi yang dirakamkan di akaun Keek peribadinya telah berjaya meruntun hati ramai peminat wanita di luar sana.

Malah kemunculan Gwiyomi miliknya itu sekali gus membuktikan bahawa dia adalah salah seorang peminat tegar muzik dari Korea Selatan atau K-Pop.

Seorang lagi selebriti lelaki yang juga DJ radio Hot FM, Faizal Ismail atau FBI turut tampil dengan gaya Gwiyomi versinya sendiri.

Berbeza dengan selebriti lain yang 'control comel', Gwiyomi FBI nampaknya lebih kelakar dengan aksi menarik lagi bersahaja pengacara berkenaan.

Mari kita lihat, versi Gwiyomi siapa yang lebih hebat. Sama ada Nazim Othman atau Faizal Ismail.



Gwiyomi Nazim Othman



Gwiyomi Faizal Ismail

Pengadil Kena Tumbuk Dengan Pemain Indonesia




Sebagai seorang pemain bola sepak, seseorang itu bukan sahaja perlu menguasai bola, tetapi ia perlulah bijak mengawal emosi. Memang benar, bermain bola sepak boleh menyebabkan tekanan lebih-lebih lagi jika pasukan itu berada di ambang kekalahan.


Pieter Rumaropen
Pieter Rumaropen, seorang pemain bola sepak Indonesia yang bermain untuk pasukan Persiwa Wamena telah digantung seumur hidup dari bermain bola sepak setelah menumbuk muka pengadil sehingga menyebabkan hidung pengadil tersebut patah. Insiden itu terjadi setelah keputusan kontroversi pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan ketika perlawanan antara Persiwa Wamena dan Bandung Raya.


Video insiden tersebut :