Kehilangan Sijil PMR dan SPM



Jika kehilangan Sijil SPM dan PMR, Berikut adalah cara untuk memohon semula sijil tersebut:

NOTE:
Salinan keputusan SPM / MCE dikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak.
Bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.


MELALUI POS
Anda perlu Sertakan perkara berikut:

1.Surat sumpah atau laporan polis yang mengandungi maklumat berikut:
  • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
  • Nombor kad pengenalan lama dan baru
  • Tarikh lahir
  • Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
  • Nama peperiksaan
  • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.

2. Salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada).
3. Borang permohonan : Borang
4. Bayaran proses RM10.00  bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran tersebut perlu dalam bentuk:
  • Wang Pos (Postal Order); atau (boleh didapati di kaunter pejabat pos)
  • Kiriman Wang Pos (Money Order) 
bayaran dibuat atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'.

Hantar ke alamat berikut:

Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

(proses biasanya akan mengambil masa 4 minggu dari tarikh permohonan)

SECARA TERUS DARI KAUNTER LEMBAGA PEPERIKSAAN
Anda boleh mendapatkannya terus dari kaunter Lembaga peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. 

Anda perlu:
1. Membawa Kad pengenalan
2. Mengisi Borang yang disediakan dan harus ingat maklumat berikut:
  • Tahun peperiksaan
  • Nama sekolah
  • Angka Giliran (tidak wajib)

3. Bayaran Tunai RM10.00 untuk satu permohonan. (jika SPM dan PMR = RM20.00)
4. Anda akan diberikan resit/maklumat dan proses akan mengambil masa 4 minggu dari tarikh yang dipohon

MELALUI WAKIL KE KAUNTER LEMBAGA PEPERIKSAAN 
Jika anda menghantar wakil (saudara/rakan dsb) ke kaunter Lembaga peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya;

anda perlu:

1.Surat sumpah atau laporan polis yang mengandungi maklumat berikut:
  • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
  • Nombor kad pengenalan lama dan baru
  • Tarikh lahir
  • Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
  • Nama peperiksaan
  • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.

2. Mengisi Borang yang disediakan dan harus ingat maklumat berikut:

  • Tahun peperiksaan
  • Nama sekolah
  • Angka Giliran (tidak wajib)
3. Bayaran Tunai RM10.00 untuk satu permohonan. (jika SPM dan PMR = RM20.00)

4. Anda akan diberikan resit/maklumat dan proses akan mengambil masa 4 minggu dari tarikh yang dipohon.
(Untuk memudahkan anda bawa sekali salinan Kad pengenalan pemohon)


RUJUKAN

Peta Lokasi : Google Maps
Laman web rasmi Lembaga peperiksaan: http://www.moe.gov.my/lp/index.php/salinan-keputusan

No telefon/Bantuan: 0388843526 / 0388843528