7 Keajaiban Air Mata Manusia Yang Tidak Diketahui



1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

Isteri Allahyarham Datuk Yahya Sulong Meninggal Pagi Tadi




KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2013: Lebih 2 bulan selepas pelawak Datuk Yahya Sulong meninggal dunia pada Februari, pagi tadi, isteri Allahyarham, Datin Alisah Ali pula mengikut jejak suaminya kembali Rahmatullah di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita kematian Datin Alisah, 64, disahkan oleh oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika di hubungi media pada pagi Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia disebabkan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sejak sekian lama.

Jenazah Allahyarham akan dibawa di Masjid Bandar Baru Sentul untuk disembahyangkan.

6 Februari lalu, suaminya pelawak veteran Datuk Yahya Sulong meninggal dunia di hospital yang sama akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Google Kini Membolehkan Anda Memadam Data Akaun Google Selepas Anda Mati



Salah satu perkara yang tidak diketahui adalah bilakah kita akan mati, dan semestinya ramai yang ingin memastikan data dan info mereka di web terurus walaupun setelah mereka tiada. Mengambil berat perkara ini, kini Google memperkenalkan halaman khas dinamakan sebagai Inactive Account Manager.

Melalui halaman ini, pengguna boleh membuat beberapa tetapan dan mengaktifkan sokongan ini. Sebaik sahaja diaktifkan, pengguna akan diminta untuk memilih tempoh masa bilakah anda ingin nyah-aktifkan akaun Google anda, seperti dalam tempoh tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan atau 12 bulan.

Sekiranya anda tidak aktif (tidak mengakses langsung) akaun Google anda dalam tempoh tersebut, maka ia akan menguruskan akaun anda mengikut apa yang ditetapkan, seperti menghantar data anda kepada kenalan, dan memadamkan data anda daripada perkhidmatan Google.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh menguruskan pelbagai data mereka di Google, termasuk daripada perkhidmatan Blogger, YouTube, Google+, Picasa, dan pelbagai perkhidmatan Google yang lain.

Dan untuk memastikan data anda tidak dipadam secara tidak sengaja, sistem akan terlebih dahulu menghantar mesej ke telefon anda (yang ditetapkan pada halaman ini), dan menghantar emel kepada alamat emel kedua yang ditetapkan.

Boleh dikatakan ini merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan akaun dan data digital kita, sekiranya kita tidak aktif di arena internet disebabkan pelbagai sebab.

Bagi anda yang ingin mengaktifkan sokongan ini, boleh ke halaman Inactive Account Manager, dan mula membuat tetapan anda hari ini.

Semak Lokasi Mengundi Untuk PRU13 Melalui WEB

Beberapa hari lepas, ia telah diumumkan berkenaan tarikh untuk pilihanraya atau PRU13 di Malaysia, yang mana jatuhnya pada 5 Mei 2013 kelak. Dalam persediaan untuknya, salah satu perkara yang boleh anda ketahui dan menyusun perancangan anda bermula hari ini adalah dengan mengetahui lokasi dan pusat mengundi anda.


Untuk memudahkan pengguna, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menyediakan sebuah halaman khas, membolehkan pengguna untuk mengetahui dimanakah pusat mengundi seseorang itu.

Bagi menyemak sendiri, anda hanya perlu ke halaman khas di web rasmi SPR, dan kemudiannya memasukkan nombor kad pengenalan anda. Pengguna akan dipaparkan dengan pusat mengundi mereka melaluinya, sekaligus memudahkan anda mengetahui dimanakah anda akan mengundi pada hari pilihan raya kelak.


Semak di : SPR - Semak PRU13

Masjid Yang Didirikan Oleh Makhluk Ghaib



Masjid Nando
Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.
Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.
Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.
Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan
Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan

Gambar-gambar berkaitan :




18 Fakta Menarik Tentang Kucing




1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari


2. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.

3. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.

4. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. 

5. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.

6. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia. 


7. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing


8. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza

9. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini

11. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

12. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. 

13. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.

14. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa.


15. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw.

16. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.

17. 10.25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan.

18. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.



Gambar Kad Pengenalan Sebenar Aaron Aziz

Gambar Kad Pengenalan Sebenar Aaron Aziz

Sebelum ini tersebar luas gambar kad pengenalan Aaron Aziz palsu di blog dan laman sosial yang telah menimbulkan kontroversi dengan nama penuh Aaron Aziz yang salah iaitu Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa. Bagi mengelakkan kekeliruan dengan gambar kad pengenalan sebenar dan nama sebenar, Aaron tampil mendedahkan kad pengenalan sebenarnya.

Pada kad pengenalan sebenar tertera nama Aaron Mustapha Bin Aziz iaitu nama sebenar Aaron Aziz. Gambar ini mungkin dapat menjelaskan semua kekeliruan mengenai nama sebenar dan gambar kad pengenalan sebenar Aaron Aziz.

Fakta Menarik Mengenai Kad Pengenalan Anda




Nombor kad pengenalan: Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan
 
Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. 
Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. 
 
Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.


Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad. 
 
SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:- 
 
Johor – 01, 21, 22, 23, 24 
 
Kedah – 02, 25, 26, 27 
 
Kelantan – 03, 28, 29 
 
Melaka – 04, 30 
 
Negeri Sembilan – 05, 31, 59 
 
Pahang – 06, 32, 33 
 
Pulau Pinang – 07, 34, 35 
 
Perak – 08, 36, 37, 38, 39 
 
Perlis – 09, 40 
 
Selangor – 10, 41, 42, 43, 44 
 
Terengganu – 11, 45, 46 
 
Sabah – 12, 47, 48, 49 
 
Sarawak – 13, 50, 51, 52, 53 
 
Wilayah Persekutuan (KL) – 14, 54, 55, 56, 57 
 
Wilayah Persekutuan (Labuan) – 15, 58 
 
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) – 16 
 
Negeri Tidak Diketahui – 82 

15 Fakta Menarik Tentang Tidur



Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
2. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
bayi: 16 jam
3-18 tahun: 10 jam
19-55: 8 jam
lebih 55: 6 jam
3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.
6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.
7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.
8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.
b. kayu balak: suka bersosial
c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan
d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu
e. Meniarap: menghiburkan
f. Starfish: pendengar terbaik
9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan
10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.
11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.
15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

Kisah Seram yang Di ceritakan Oleh Dr Penggugur Janin



Di sebuah bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil bujang berwarna putih bersih.Saya hampiri cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya tertanya-tanya.

Saya cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu. Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna kemerah-merahan.Tiba-tiba suara tangisan wanita itu bergema memenuhi segenap ruang bilik. Saya perhatikan gerak-gerinya, dia memegang sesuatu yang janggal bentuknya. Saya perhatikan lagi, ketulan apakah yang sedang dipegang wanita itu, daging yang berkepala, ada jari-jemari yang halus dan lebih mengejutkan, daging itu juga seolah-olah berkaki.

Hati saya terus berperang, siapakah dia? Dan kenapa wanita ini berkeadaan seperti itu. Menakutkan! Saya dengar wanita itu menangis lagi kemudian meneran kesakitan.Arrrrrggghhhh!!! Arggggghhhhhh!!!Suaranya semakin membingit telinga ini. Berketul-ketul daging Sebesar penumbuk tersembul keluar dari celahan kangkangnya. Saya tersentak, kenapa dengan wanita ini? Sakitkah dia? Keadaannya sungguh sengsara bagai menanti saat-saat untuk mati.

Saya termuntah bila melihat wanita itu menarik satu persatu daging yang keluar daripada alat sulitnya. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Ada yang berkepala, tetapi tidak berlengan. Ada yang berkaki tetapi kepalanya terputus. Mengerikan. sungguh!Wanita itu meratap lagi, saya turut mengalirkan air mata melihatnya sedang bertarung dengan maut. Saya mesti membantunya, keluarkan dia segera daripada kesengsaraan itu. Lalu kaki ini cuba melangkah merapati tubuh yang penuh sengsara itu.

Tetapi saya tidak mampu berganjak. Saya cuba gerakkan tangan, mahu saya capai tubuhnya. Pun demikian hajat ini tidak kesampaian. Saya tatap wajah wanita itu, rambutnya yang panjang menutupi muka membuatkan saya sukar melihat wajahnya.Saya menjerit sekuat hati memanggilnya. Wanita tersebut langsung tidak ambil peduli."Hei kamu!!!" laung saya.Peliknya wanita itu tidak sekali-kali mahu berpaling, dia masih menarik-narik daging merah yang mengerikan. Sambil menangis ketulan-ketulan itu dicampaknya. Katil yang putih itu disimbahi darah pekat, baunya yang meloyakan menusuk-nusuk hulu hati ini.

Ketika dia berpaling, saya tatap wajahnya. Wajahnya mirip saya. Rambutnya, lengannya dan bentuk tubuhnya serupa tubuh saya. Saya tertanya-tanya sendirian, kenapa saya berada di atas katil itu? Kenapa darah-darah merah itu membasahi tubuh saya? Dan kenapa daging-daging merah itu keluar dari rahim saya?Saya cuba menarik wanita yang persis saya itu. Tapi saya tidak dapat selamatkan diri sendiri dan di saat itu tanpa disedari air mata saya mengalir. Saya menangis dan terus menangis menyaksikan diri sendiri dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

"Tolonggggg! ! ! Tolonggggg! ! !" jerit saya cuba meminta orang datang membantu. Tapi tiada. Tiada, seorang pun yang saya lihat di dalam bilik kecil. itu. Hanya saya dan wanita yang wajahnya mirip saya yang berada di atas katil. Saya meronta-ronta, dan.Tiba-tiba saya tersentak. Tubuh saya basah, bukan basah kerana darah, tapi peluh. Mimpi! Ah... rupa-rupanya saya bermimpi. Mimpi itu sungguh ngeri sekali.

Sepanjang malam saya menangis, takut menyelubungi seluruh inci dan ruang diri ini. Saya tidak mahu apa yang saya lihat sebentar tadi akan menjadi kenyataan. Saya takut.Saya tidak mahu diri saya ini disakiti seperti mimpi tadi. Bukan saya yang melakukan semua itu. Bukan! Gadis-gadis muda di luar itulah yang menggugurkannya. Mereka yang bunuh janin sendiri, bukan saya. Tetapi... siapa yang melakukannya? Siapa yang menarik janin-janin itu keluar dari rahim mereka?

Saya gamam, sekali lagi perasaan takut menyelubungi diri ini. Lalu saya renung jari-jemari ini. Saya... sayalah orangnya. Sayalah yang membantu gadis-gadis itu menggugurkan bayi mereka.Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa. Saya benar-benar rasa diri ini terlalu keji atas apa yang telah dilakukanselama ini. Saya pembunuh! pembunuh!Daging-daging kecil yang saya keluarkan dari rahim sendiri itu adalah sebahagian daripada janin-janin yang saya buang dahulu. Bukan milik saya tapi nyawa-nyawa yang tidak bersalah itu kepunyaan gadis-gadis yang datang menagih bantuan untuk membunuh anak dalam kandungan mereka.

Ya... saya bersalah! Memang sayalah yang bersalah kerana bersubahat melakukan perbuatan keji itu. Saya kejam terhadap insan yang bernama wanita. Sepatutnya saya bantu mereka, mereka kaum yang lemah sama seperti saya tapi kerana wang saya sanggup meracuni fikiran mereka. Saya suruh mereka bunuh nyawa yang tidak berdosa itu.Saya gunakan kepakaran yang ada pada jalan yang salah, yang merosakkan gadis-gadis muda dan mentah. Betapa berdosanya saya...

Mengenang apa yang telah saya lakukan selama hampir tiga tahun, air mata saya mengalir deras. Di atas katil saya terus menangis. Saya kesal dengan yang saya lakukan selama ini. Dan saat itu wajah Azimah datang menari-nari di ruang fikiran ini. Antara ratusan gadis yang pernah datang menggugurkan janin mereka, Azimahlah yang paling saya ingat kerana gadis ini kerap datang ke klinik. Saya berdosa padanya, saya paksa gadis itu mengugurkan kandungannya.

Kata saya; "Kamu mahu bayi ini atau tidak?"Azimah menggeleng. Wajahnya tiada langsung perasaan sedih."Nah... kalau begitu gugurkan saja.Saya yakinkan gadis itu bahawa segala urusan akan selamat dan selesai, hanya mengambil masa dua jam saja. Setelah gadis itu menandatangani Surat perjanjian, saya mulakan tugas.Jari-jemari inilah yang membius tubuh Azimah dan saya bersama doktor telah bekerjasama membunuh janin itu serta menariknya keluar dari rahim.

Sejak itu Azimah sering keluar masuk klinik. Bukan sekali, tetapi empat kali berturut-turut wanita itu datang bertemu saya. Ini bermakna empat kali juga hidup gadis ini dijahanamkan oleh kekasihnya yang lepas tangan.Belum ada gadis yang seberani Azimah. Kalau ada pun hanya sekali dua yang datang. Tidak seperti Azimah yang empat kali menggugurkan janinnya.Pada kali kedua Azimah datang ke klinik saya mula bertanya bagaimana dia boleh terlanjur? Dia memberitahu semua itu gara-gara tinggal sebumbung dengan kekasihnya, Haris. Lelaki itulah yang menyuruhnya menggugurkan janin tersebut. Kalau tidak, dia akan tinggalkan Azimah.

Hanya dua kali saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan, Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.Kali ketiga Azimah datang, saya tanya mana Haris? Gadis itu diam. Apabila saya tanya, tidak sayangkah pada bayi dalam kandungannya itu. Azimah geleng kepala.Dan setelah doktor berjaya menggugurkan bayinya barulah Azimah ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kata Azimah, Haris salahkan dirinya kerana mengandungkan benihnya itu. Malah Haris juga hayunkan tangannya ke tubuh Azimah.

Kata wanita itu lagi, Haris marah kerana dia tidak berduit untuk menanggung perbelanjaan menggugurkan bayi. Jadi beberapa kali dia menumbuk perut Azimah, namun bayi itu terus membesar.Mahu tidak mahu Azimah pinjam duit daripada kawan-kawan sepejabat. Cukup RM600 Azimah ke klinik dan sayalah yang menguruskan segala-galanya.Saya simpati melihat Azimah yang datang dengan bibir pecah dan badan lebam sana sini. Saya nasihatkan gadis ini agar tinggalkan sahaja lelaki kejam dan jahanam itu. Kenapa mesti biarkan diri diperlakukan seperti binatang!

Azimah mengangguk. Dia berjanji mahu mulakan hidup baru tanpa Haris. Saya yang mendengarnya gembira. Saya berdoa agar gadis ini benar-benar sedar dan mengubah haluan hidupnya. Tapi kata-kata Azimah dusta semata-mata. Azimah terus hidup dalam pelukan lelaki kejam itu dan buat kali yang keempat, dia mengandung lagi.Saya terkejut bila melihat gadis ini datang dengan tubuh yang kurus cengkung. Saya jelaskan pada Azimah kesan dan akibatnya;

"Jangan gugurkan lagi, bahaya."

Tapi Azimah menangis, merayu-rayu tetap mahu buang anak dalam perutnya itu. Katanya jika anak itu tidak digugurkan dia akan dibuang kerja dan sudah pasti masa depannya gelap-gelita. Azimah tidak mahu mengecewakan emak dan ayahnya di kampung. Dia juga tidak mahu Haris meninggalkannya terkontang-kanting.

Akhirnya saya terpaksa akur dengan keputusan Azimah. Saya bius gadis ini dan doktor yang bertugaslah yang menarik janin berusia tiga bulan itu keluar. Ketika Azimah sedar daripada pengsan, saya serahkan janin itu kepadanya. Saya tahu sebagai seorang yang beragama Islam mereka sepatutnya mengebumikan mayat itu.

Meskipun saya beragama Kristian, saya masih menghormati pesakit beragama Islam. Saya tahu sedangkan binatang pun harus dikebumikan dengan cara yang baik inikan pula anak yang digugurkan.Tapi seperti sebelum ini Azimah menolaknya. Dia menggeletar bila saya berikan bungkusan berisi mayat janinnya."Buang saja. Saya tidak mahu," ucapnya terketar-ketar.

Lalu saya campak saja mayat kecil itu ke dalam tong sampah. Bukan hak saya, jadi tidak perlulah saya menguruskannya.Seperti biasa pada setiap petang puluhan bungkusan janin yang kami gugurkan akan dicampakkan ke dalam sebuah tong besar di lorong kecil belakang klinik.Maka, anjing-anjing liar sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu pun berpesta. Daging-daging itu akan menjadi santapan mereka. Daging berkepala kecil dan berjari halus itu dicarik-carik sebelum diratah berekor-ekor anjing yang ganas.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing liar menanti bungkusan berisi daging manusia kecil itu dihumban ke dalam tong sampah sebelum mereka menyelongkar dan memakannya.Memang sayalah yang bersalah. Saya bersalah pada kaum Hawa. Saya kejam, sama seperti lelaki yang merosakkan hidup gadis-gadis mentah itu.Pada siapa perlu saya memohon maaf? Pada gadis-gadis yang pernah datang menggugurkan anak? Atau pada Azimah yang kini hidup terumbang-ambing tanpa arah?

Saya takut sebaik sahaja mengenang apa yang telah saya lakukan. Saya takut mimpi buruk itu akan berulang. Saya tidak mahu melihat diri ini berdarah dan menarik-narik daging yang jijik itu lagi.Lalu saya ambil keputusan untuk meniggalkan alam pekerjaan itu. Saya tidak sanggup melihat lebih ramai lagi gadis yang menjadi mangsa kekejaman lelaki, datang meminta saya menggugurkan bayi mereka. Saya tidak mahu bersubahat.

Saya juga tidak mahu lebih ramai gadis seperti Azimah yang kecundang di tangan lelaki kejam yang berhati binatang!Cukuplah Azimah seorang yang menderita kerana saya mendapat tahu kini gadis itu hidup sengsara kerana lumpuh separuh badan akibat kerap kali menjalani pengguguran.Seperti yang saya katakan tadi, kami sudah memberi amaran pada Azimah tentang akibat buruk itu kalau dia menggugurkan janinnya buat kali keempat, tapi dia tidak pedulikan. Azimah lebih sayangkah Haris berbanding nyawa dan kesihatannya sendiri. Ternyata amaran kami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Kini di atas kerusi roda, Azimah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang masih jauh dan panjang. Haris? Lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya itu entah ke mana menghilang.Dalam keadaan Azimah memerlukan sokongan dan kasih sayang, Haris lenyap tanpa dapat dikesan. Lelaki itu kejam! Dayus! Lelaki seperti Haris tidak layak hidup di muka bumi ini!

Berapa ramai lagi lelaki haprak di luar sana akan merosakkan masa depan gadis-gadis seperti Azimah? Memikirkan semua itu jiwa saya jadi tidak tenteram.Saya dalam cerita di atas adalah Juliana. Sekarang beliau bertugas di salah sebuah hospital kerajaan di Sabah. Juliana menceritakan pengalamannya itu kepada wartawan Mastika baru-baru ini.



Butler Dan Boateng Serang Jurugambar

Butler ( Pengendali T-Team)

KUALA TERENGGANU – Kontroversi berhubung desakan merehatkan ketua jurulatih pasukan berstatus kelab T-Team, Peter Butler sudah mencapai kemuncaknya apabila bekas pengendali Terengganu itu bertindak melampaui batas dengan menolak salah seorang jurugambar ketika penyerahan surat ‘direhatkan’ di padang Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.

Tidak cukup dengan itu, jurulatih kelahiran England itu juga didakwa turut mencaci, menolak dan cuba merampas kamera milik Tengku Syamim Tengku Ismail.

Butler yang juga pengurus pasukan, berulang kali menghalau sambil menolak dan memaki jurugambar berusia 21 tahun itu dengan panggilan ‘bodoh’ sehingga dia berada agak jauh dari tempat jurulatih itu menerima surat daripada setiausaha kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong.

Begitu pun, Tengku Syamin yang cuba mengambil gambar dari jarak jauh, masih tidak selamat apabila kapten pasukan T-Team, George Boateng turut campur tangan dan bertindak garang dengan merampas kamera dari pegangannya.

“Saya enggan melepaskan kamera saya kerana takut dirosakkan oleh penyerang import itu (Boateng), saya terpaksa menahan kesakitan apabila dia (Boateng) bertindak memulas tangan saya dan mencakar dengan kukunya.

“Saya memang terkejut dengan tindakan agresif dan itu tidak menyangka Boateng sanggup bertindak sedemikian rupa kepada saya, namun saya berjaya mempertahankan kamera daripada dirampas,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Syamim berkata, dia cuma menjalankan tugasnya dan tidak menyangka Butler dan Boateng sanggup bertindak kasar terhadapnya yang sering membuat liputan di padang latihan dan juga stadium.

“Saya sudah membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu kerana tidak mahu perkara seperti ini berulang kepada wartawan atau jurugambar lain pada masa akan datang.

“Saya juga harap pengurusan T-Team dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas jurulatih dan pemain import itu kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kepada pihak media yang hanya menjalankan tugas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh ketika dihubungi melahirkan perasaan kesal dengan kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci dalam masa terdekat.

“Apa pun kami akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara ini, dan pastinya tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti mereka berdua melakukan kesalahan di padang latihan petang tadi (semalam).

“Kami akan mendapatkan keterangan daripada semua yang berada di tempat kejadian sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Mengulas berhubung surat untuk merehatkan Butler, Ab Rasid berkata, ketua jurulatih T-Team itu akan direhatkan selama 30 hari, berkuat kuasa hari ini (semalam) yang dihantar melalui pos berdaftar.

“Pegawai kami berada di padang latihan untuk menyerahkan salinan surat tersebut kepada Butler dan kami tidak menyangka ia berakhir dengan ketegangan.

“Surat itu mengandungi arahan supaya Butler berehat dan tidak mengambil bahagian dalam apa juga aktiviti yang melibatkan pasukan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Butler tetap menerima imbuhan gaji dan elaun bulanan lain sementara dia berehat, dan tugasannya sebagai ketua jurulatih akan diambil sementara oleh penolong jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor.

“Keputusan merehatkan Butler diluluskan oleh lembaga pengarah pasukan memandangkan T-Team berada di zon penyingkiran selepas tamatnya pusingan pertama Liga Super.

“Kami harap, tindakan merehatkan Butler dan pengambilan pemain import baru dalam masa terdekat dapat membantu pasukan mencapai kemenangan apabila bertandang ke Kuantan Sabtu ini untuk bertemu Pahang pada aksi pusingan kedua,” katanya.



-Sinar Harian-

Pelancong Terakam Hantu 'Princess Diana' di Glasgow


Baru-baru ini seorang pakar paranormal Michael Cohen telah menyiasat sebuah video yang dirakam oleh sekumpulan pelancong China di Glasgow Scotland. Pelancong ini menyatakan mereka terakam hantu Princess Diana pada sebuah tingkap di sebuah gereja sekitar Glasgow. Penyiasatan video ini telah dijadikan sebuah episod dalam rancangan paranormal TV.







Jom tengok video dibawah ini!!


Raddy Berminat Untuk Menjadi Jurulatih Malaysia

Radojko Avramovic yang lebih dikenali dengan nama panggilan Raddy
KUALA LUMPUR - Belum pun nasib Datuk K. Rajagobal diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), nampaknya ada individu yang sudah mula menunjukkan minat mengisi kerusi panas jurulatih Harimau Malaya.

Berdasarkan sumber yang diperoleh Utusan Malaysia, bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic yang lebih dikenali dengan nama panggilan Raddy, cukup berminat menggantikan Rajagobal pada masa akan datang.

Malah, berdasarkan maklumat yang diterima, Raddy telah menghantar permohonan rasmi kepada FAM, termasuk profil peribadi pada 2 April lalu bagi memaklumkan hasratnya menjadi jurulatih Harimau Malaya jika terdapat sebarang kekosongan. 

Walaupun FAM belum menyatakan jawapan secara rasmi, namun Raddy, pengendali dari Serbia yang dianggap antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak Singapura, dilihat menjadi calon utama yang boleh mengambil alih peranan Rajagobal berdasarkan pengalaman luasnya di peringkat antarabangsa selain cukup masak dengan situasi bola sepak di Asia Tenggara.

Namun, personaliti jurulatih berusia 63 tahun itu mungkin boleh menimbulkan sedikit kesulitan kerana dia bukan seorang yang mesra media.

Antara sebab utama Raddy masih berminat bertugas di Asia Tenggara adalah kerana dia mempunyai anak yang bertugas di Singapura dan selesa tinggal di sini. Selain kejuaraan Piala AFF 2012 yang dirangkul baru-baru ini, Raddy yang menjadi jurulatih Singapura dari 2003 hingga 2012 telah memberikan dua lagi kejuaraan Piala Suzuki AFF pada 2004 dan 2007.

Beberapa keputusan sensasi yang pernah dicatatkan oleh Singapura ketika di bawah kendaliannya adalah menewaskan Kuwait 2-0 dan seri tanpa jaringan dengan Australia pada 2008.

Sebelum bersama dengan Singapura, jurulatih yang berasal dari Serbia itu pernah bertindak menjadi jurulatih Bawah 23 tahun Kuwait yang layak ke pusingan akhir Sukan Olimpik 2000 di Sydney, Australia.

Pada penghujung 2001, dia menjadi jurulatih skuad kebangsaan Kuwait dan pasukan itu dinobatkan sebagai juara Asia Barat 2002 dan membawa Kuwait mara ke suku akhir Sukan Asia Busan, Korea Selatan pada tahun yang sama.

Namun, kontraknya ditamatkan pada Disember 2002 apabila gagal membawa Kuwait melepasi peringkat kumpulan Piala Negara-Negara Arab.

Rajagobal yang baru sahaja mendapat surat pertuduhan daripada Jawatankuasa Tatatertib FAM pada Jumaat lalu, bakal berdepan kesalahan 18.3 Kod Tatatertib FAM dan boleh digantung enam bulan serta denda RM8,000 jika bersalah.

Jika berjaya melepaskan diri, Rajagobal hanya berpeluang mengendalikan Harimau Malaya sehingga hujung tahun ini kerana kontraknya bakal berakhir pada Disember 2013, kecuali beliau ditawarkan kontrak baru.


-UTUSAN-

Rock Oo Kembalikan Nostalgia Rock Kapak



Filem: Rock Oo

Arahan: Mamat Khalid

Lakonan: Que Haidar, Khir Rahman, Shoffi Jikan, Pekin, Saiful Apek, Azmi Black

Genre: Komedi, Muzikal

Durasi: 90 Minit

Penerbit: Primeworks Studios Sdn Bhd dan Naga VXS Sdn. Bhd.

Tayangan: 28 Februari 2013


Komedi yang dibawakan dalam filem ini berbeza daripada filem komedi biasa apabila dalam masa yang sama mereka membawa watak mat rockers pada tahun 80-an. Mereka berjaya menubuhkan kumpulan yang bernama Rimba Bara.

Rimba Bara yang asalnya dari sebuah kampung berhijrah ke ibu kota mengejar impian untuk bergelar kumpulan rock yang popular. Namun sebelum menempa kejayaan, mereka lebih merasai pahitnya di mana mereka telah ditipu oleh pengurus mereka sendiri dan promoter konsert.

Namun, filem Mamat Khalid ini bukanlah diisi dengan komedi atau hiburan semata-mata, sebaliknya banyak elemen lain turut diselitkan iaitu paling jelas adalah persahabatan selepas mereka dilihat bersama-sama mengharungi susah senang dalam menempa nama di persada muzik tanah air ketika itu.

Disamping elemen komedi, filem Rock Oo juga turut diselangi dengan emosi sedih ketika mereka beberapa kali ditimpa malang dan rintangan ketika nekad hendak menempa nama di ibu kota.

Namun, kekuatan filem ini juga terletak pada pelakonnya juga apabila ia dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Que Haidar sebagai Amy Mat Piah , Khir Rahman (Jijo), Soffi Jikan (Zul Kapan) dan Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah).

Setiap watak yang mereka bawakan nampak sangat hidup dengan karakter masing-masing yang berbeza-beza. Mereka tidak perlu terlalu mencuba untuk membawa watak mereka termasuk komedi kerana suasana yang dicipta oleh Mamat Khalid cukup sudah membuat penonton tertawa.

Meskipun Rock Oo ini seratus peratus mengisahkan mengenai pejalanan hidup seorang rockers tetapi penulis pasti bukan peminat rock seperti penulis juga turut terpikat dan menyukai filem ini kerana banyak elemen lain yang menarik untuk ditonton. Apatah lagi, peminat muzik rock tempatan.

Namun, terdapat juga elemen sindirin terhadap kumpulan rockers yang berambut panjang apabila terdapat babak yang memaparkan kenangan saat kerajaan mengharamkan lelaki berambut panjang keluar ditelevisyen dengan memotong rambut rocker yang berambut panjang di depan khalayak.

Selain itu, filem Rock Oo yang bergenre muzikal ini telah dilengkapkan lagi dengan lagu-lagu yang popular pada zaman 80-an tanah air pada setiap plot cerita. Antara lagu-lagu yang menjadi fenomena pada zaman itu adalah Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata & Sendiri (May), Meniti Titian Usang, Rozana & Pawana (Search), Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded), Tika Dan Saat Ini (Medicine) dan Sejuta Wajah & Teratai (Sweet Charity).

Turut dipaparkan Untukmu Sayang (Febian), Misteri Mimpi Syakila & Intanku Kesepian (Wings), Srikandi Cintaku (Bloodshed) serta Suci Dalam Debu (Iklim).
Kesimpulannya, filem ini sangat menarik untuk ditonton oleh semua golongan kerana semua elemen yang diapaprkan ada pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan.

Sinopsis
Filem Rock Oo merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) : "Pantang anak petani moden mengundur kalah."

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair. Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem Rock Oo dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal? Semuanya terjawab dalam filem Rock Oo.