Rumah Terbalik Di Tamparuli Sabah





Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di SabahMenurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.


Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini. Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.

Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.


Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun.




Gambar dibawah menunjukkan proses pembinaan rumah terbalik

























Datuk Yusof Haslam Bercadang Buat Filem Lahad Datu

Prihatin dengan konflik yang sedang melanda di Sabah ekoran insiden pencerobohan daripada kumpulan yang didakwa mewarisi keturunan Sulu di Lahad Datu pengarah juga penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam melahirkan hasrat untuk membuat filem berkenaan Lahad Datu.


Menurutnya, beliau mahu menghasilkan sebuah filem yang mengambil kisah daripada konflik yang terjadi di daerah yang terletak pantai timur Sabah itu.

“Hasrat tu ada. Tapi untuk waktu sekarang, belum lagi. Buat masa ni apa yang penting adalah kita semua mendoakan keselamatan wira-wira kita yang sedang berjuang di Sabah. Kita berdoa agar mereka semua selamat dalam mempertahankan keamanan negara kita”, katanya kepada Malaysia Digest.com.

Beliau yang memang sinonim dengan bikinan drama mahupun filem bercorak kepolisan pernah menghasilkan drama bersiri Gerak Khas (1999) juga filem pecah panggung menerusi Gerak Khas The Movie (2001), Gerak Khas The Movie II dan GK3 The Movie.



p/s : idea yg baik, tp biarlah filem tu berdasarkan KISAH BENAR.

#Pray For Sabah