Mumia Berusia 700 Tahun Di Temui Di China


Inilah penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terungkap ketika pekerjaan membina jalan di China bagian Timur baru baru ini.
Yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia masih utuh. Dianggarkan, perempuan ini adalah berpangkat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di bandar Taizhou, Provinsi Jiangsu. Ahli arkeologi China terkejut bagaimana keadaan kulit, rambut, kening, dan wajah mumia perempuan ini. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia ditemui di dalam keranda batu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah.
Apa yang ia kenakan dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh dikatakan keadaan mumia ini sangat lengkap dan baik.











sumber: dairishare








Ikan Paus 'Kembar Siam' Terdampar Di Pantai Mexico


LA PAZ: Dua ekor anak Ikan paus kelabu yang melekat di bahagian pinggang seakan kembar siam telah ditemui nelayan terdampar di sebuah lagun ke barat laut Mexico.

Menurut ahli biologi marin tempatan, penemuan haiwan seumpamanya sangat jarang berlaku.

Berukuran empat meter (13 kaki), ikan paus kembar itu bagaimanapun telah mati ketika ditemui di lagun Ojo Ojo de Liebre menuju ke Lautan Pasifik di Semenanjung Baja California, seperti yang disahkan oleh Suruhanjaya Pelindungan Alam Semula Jadi (CONANP).

Menurut ahli biologi marin dan pengurus serantau CONANP, Benito Bermudez, ikan paus yang mempunyai berat hampir setengah tan itu bercantum pada bahagian pinggang dan mempunyai dua kepala penuh dan dua ekor.

Punca kematiannya tidak dinyatakan walaubagaimanapun para saintis akan menjalankan ujikaji ke atas penemuan itu dan spesisnya.

Setiap musim sejuk, ratusan ikan paus kelabu akan berhijrah dari Laut Bering ke perairan panas Baja California.

Hampir 1,200 paus kelabu telah dikesan berhijrah ke rantau itu pada musim 2012-2013.