Rozaimi Abdul Rahman– 10 Pemain Terbaik Asia 2012


Rozaimi Abd Rahman disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN.



Rozaimi yang berusia 20 tahun dari Bongawan itu terkejut apabila namanya terpilih bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa yang turut tersenarai sebagai pemain terbaik Asia.
“Pengiktirafan ini adalah untuk seluruh rakyat Sabah. Saya terharu dan gembira kerana tersenarai walaupun agak terkejut kerana prestasi saya turun naik kecuali ketika bermain bersama Harimau Muda pada Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Yangon, Myanmar, Jun lalu dengan menjaringkan 10 gol. Mungkin kerana aksi itulah saya dipilih ESPN, bagi saya ramai lagi yang layak seperti Safiq Rahim, Safee Sali dan Wan Zack Haikal. Namun mungkin nasib lebih menyebelahi saya,” kata penyerang Harimau Muda A – Rozaimi Abd Rahman dalam laporan myMetro selepas namanya disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN.

Ini adalah pengiktirafan kedua diterima Rozaimi selepas Anugerah Pemain Harapan Negara, Oktober lalu. Rozaimi gembira kerana dapat mengharumkan nama Sabah di persada antarabangsa menerusi bola sepak dengan tersenarai antara 10 pemain terbaik Asia tahun ini dan mendedikasikannya kepada seluruh rakyat negeri ini.

“Memang inilah yang saya mahu lakukan, seperti Matlan Marjan yang menjadi idola saya. Dulu dia turut mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dengan menjaringkan dua gol ketika menentang England. Saya harap pengiktirafan ini menjadi pendorong untuk saya beraksi lebih cemerlang membawa cabaran Harimau Muda A terutama untuk Sabah jika disenaraikan kembali tahun depan,” katanya.

Selain Rozaimi dan Kagawa, senarai 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN turut merangkumi Omar Abdulrahman (UAE), Koo Ja Cheol dan Lee Keun Ho (Korea Selatan), Bambang Pamungkas (Indonesia), Yuto Nagatomo (Jepun), Teerasil Dangda (Thailand), Amjad Radhi (Iraq) dan Ali Al Habsi (Oman).

p/s : BUKA MATA ANDA RAJAGOBAL!!

Bukti iPhone 5 Senang Bengkok

Beberapa pemilik Apple iPhone 5 menunjukkan yang telefonnya itu senang bengkok sekiranya dimasukkan ke dalam poket belakangnya.

Betul ke pemilik Apple iPhone 5?






Pemuzik Jalanan/Pengamen Cilik Kota Subang


Setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing , seperti kanak-kanak ini , dia dikurniakan suara yang sangat merdu dan kreatif. Semoga adik ini sukses dalam kehidupannya.



Info Terkini!! Rebat Telefon Pintar Mulai 1 Januari 2013




Semua belia yang berusia di antara 21 sehingga 30 tahun boleh memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Ianya berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Belia yang layak menikmati rebat RM200 boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.



Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah :

http://skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Press-Release-PKB-GMBO-BM.pdf

p/s : siapa cepat dia dapat!! :)

Kejadian Aneh !!! Sebuah Pulau Yang Benar-Benar Wujud Dalam Dunia Yang Gagal Di Temui



SYDNEY - Beberapa saintis Australia gagal menemui Pulau Sandy yang didakwa kewujudannya dalam beberapa peta dunia dan menerusi enjin carian peta Google.

Pulau tersebut terletak di Laut Coral, barat Pulau Australia tetapi kumpulan saintis yang dianggotai Dr. Maria Seton dari Universiti Sydney gagal menemuinya selepas melakukan misi untuk mencarinya dengan menggunakan sebuah kapal.

Menurut Seton, atlas The Times Atlas of the World menamakan pulau tersebut sebagai Pulau Sable.

Peta cuaca yang digunakan sebuah kapal penyelidikan maritim Australia, Southern Surveyor turut menyatakan kewujudannya.

"Kami mahu memeriksa kewujudannya kerana carta pelayaran di atas kapal menyatakan air di kawasan pulau tersebut sedalam 1,400 meter yang dianggap 'amat dalam'."

"Pulau tersebut juga terdapat dalam peta Google dan lain-lain peta menyebabkan kami mahu memeriksa (kewujudannya) namun, tiada pulau di kawasan itu."

"Kami amat bingung," kata Seton selepas misi pelayaran selama 25 hari itu. 

Koleksi Gambar Pelik Seluruh Dunia















|
|
|
????

   !@#$%^&*(
Terlebih pelik lah pula!!

Hanya Berlaku Di Malaysia

Ini kes marah ni!!

MYVI yang serbaguna

Cara memasak paling unik.


Bijak memang bijak.

GIVE and TAKE! Ambil gambar lepas tu baru bagi saman..



Top 5 Video Trending Malaysia Di Youtube





1. PSY (Gangnam Style M/V) - 1,094,698,051 views
2. [MTV] Sleeq & Najwa Latif (Untuk Dia) - 10,679,055 views
3. Bigbang (Fantastic Baby M/V) - 57,442,098 views
4. PSY ft Hyuna -221,810,874 views
5. Orang Sabah Style (Oppa Gangnam) - 5,546,242 views


sumber : http://www.youtube.com/user/theyearinreviewMY

Lawak!! Seluar Dalam Cegah Bau Kentut!! Tut!!



Inilah seluar dalam yang didakwa boleh mencegah bau kentut! Berminat?
Seluar Dalam Cegah Bau Kentut Laris Dijual | Terbaik la kerana seluar dalam terkini yang didakwa mampu meneutralkan bau busuk kentut telah mendapat sambutan yang sangat hangatdalam kalangan ahli perniagaan di Jepun yang rajin bekerja yang gemarkan idea melepaskan kentut tanpa masalah.
Satu syarikat tekstil tempatan telah membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakan mampu mencegah bau-bauan yang tidak diingini.
“Kami telah mengambil masa beberapa tahun bagi membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah mampu menghapuskan bau hapak dengan berkesan,” ujar Nami Yoshida salah seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk Seluar Dalam mencegah kentut.
Kebanyakan orang seperti ahli perniagaan membelinya dan sesuai digunakan untuk berjumpa ramai orang dalam waktu sehari ,” tambah Encik Yoshida lagi.
“Pada permulaan produk ini, kami hanya terfikir bagi menjual seluar dalam ini kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan juga hospital. Tetapi kami amat terkejut kerana ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan akan membeli seluar dalam ini dan digunakan untuk berjumpa orang ramai setiap hari,”jelas jurucakap syarikat.


T-Shirt dan Stoking pun ada juga!!
Seluar dalam cegah bau tersebut dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau dala, fabrik mereka. Syarikat Seirin membangunkan teknologi terbabit selepas dihubungi oleh seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan oleh mereka yang menghidap sindrom usus.  Syarikat tersebut telah berkembang kepada 22 produk, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau busuk dan baju-t yang menghilangkan bau ketiak.

Lawak!! Trol!