Durian Belanda Adalah Penawar Sebenar Kanser


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Durian Belanda / Buah Ajaib

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Koleksi Motor Skuter Jepun

Skuter merupakan kenderaan unik yang tidak mempunyai fungsi gear manual. Semuanya adalah secara automatik. Bagi pengguna skuter, sememangnya bagi menggerakkan kenderaan mereka hanya perlu memulas minyak di bahagian kanan untuk mencapai gear satu sehinggalah seterusnya. Ibarat seperti menggunakan kereta automatik. Gambar di bawah ini adalah gambar koleksi motor skuter dari Jepun.











39 Juta Tonton Video Baru Gentleman PSY

Video Baru Gentleman PSY
Video muzik baru bintang ‘Gangnam Style’ ditonton lebih 10 juta kali di YouTube kurang daripada 24 jam selepas dia mempamerkan tarian barunya di Seoul.

Bintang pop Korea Selatan itu, kelmarin membuat persembahan kali pertama tarian goyang pinggul untuk meniru kejayaan ‘Gangnam Style’ dan gerak tari kudanya dalam single terbaru, ‘Gentleman.’ 

Video itu diterbitkan sehari selepas lagu berkenaan mendapat sambutan hangat menerusi online di seluruh dunia dengan catatan 39 juta tontonan dalam masa 2 hari selepas dilancarkan di satu konsert penuh sesak di Seoul. 

Video berkenaan menunjukkan Psy dengan cermin mata hitamnya menari di beberapa lokasi di sekitar Seoul termasuk di sebuah kedai pakaian ternama, restoran dan kolam renang.

Seni kata lagu itu mengisahkan penyanyi itu mengajuk dan membuat lawak praktikal terhadap wanita termasuk menarik kerusi mereka ketika mereka hendak duduk sebelum dia bertemu buku dengan ruas.

Video ‘Gangnam Style’ dan tarian kuda Psy membolehkan dia menjadi terkenal di seluruh dunia tahun lalu selepas dimuatnaikkan ke YouTube. 

Bagaimanapun, video yang menunjukkan dia melawat serta tarian baru goyang pinggulnya menarik perhatian peminat. 

“Lagu itu agak menarik! Saya duduk mendengarnya sambil menggoyangkan pinggul saya walaupun saya tidak faham apa yang dinyanyikannya,” kata seorang pengguna YouTube. 

“Percayalah video ini akan menjadi yang kedua mencatatkan 1 bilion pengunjung,” kata seorang lagi pengulas sementara yang lain berkata: “Selamat Tinggal Harlem Shake,” merujuk kepada satu lagi tarian yang menjadi tarikan di seluruh dunia baru-baru ini.

Gentleman - PSY

Nama Nabi Muhammad SAW Muncul Di Langit



Semasa Majlis Sambutan Maulid pada malam 12 Rabiul Awwal pada tahun 2007, Sheikh Dr Tahir ul-Qadri sedang berucap dihadapan berjuta-juta orang mengenai rahsia di sebalik nama محمد yang diberkati. Ketika beliau sedang menjelaskan tentang rahsia tersebut, beliau menulis perkataan ini beberapa kali di udara dengan jarinya dan berkata:


"Saya harap saya mempunyai papan untuk menulis perkataan ini di atasnya, supaya saya boleh menjelaskan tentang bentuk perkataan ini dan bagaimana ia sepadan dengan Haqiqat e Muhammadiyya."

Selepas daripada itu, tiba-tiba satu perkara yang sangat pelik berlaku. Nama "Muhammad" yang tertulis dalam bahasa Arab seolah-olah terbentuk pada awan. Perkataan itu begitu jelas dan tiada siapa yang boleh menafikan kewujudannya. Beratus-ratus ribu menyaksikan adegan ini hidup di Minar-e-Pakistan, Lahore.

Subhanallah,

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Jom!!! Tonton video dibawah ini :

Toyol Ditangkap




Penangkapan susuk makhluk yang diyakini sebagai toyol dilakukan secara tidak sengaja. Toyol ini ditangkap oleh Gatot Suwuno ( 55) ketika dirinya tengah berada di sebuah warung kopi. Ketika ditangkap ditangan toyol ini terdapat wang sebanyak Rp 200,000 atau RM 69.70 wang Malaysia. Gatot yang juga dianggap sebagai pakar paranormal oleh warga setempat dan pemilik Warung tersebut yang sering mengadu kehilangan wang.

Selain kegemaran mencuri wang, toyol ini juga suka gemar meraba alat sulit wanita dan anak gadis sebelum melarikan wang di setiap rumah yang dimasukinya. Begitulah seperti yang dilaporkan kepada media Indonesia.

Malaysia Juara Piala Axiata 2013

Axiata Cup 2013
Malaysia berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Piala Axiata buat kali pertama apabila menundukkan Thailand 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Cheras.

Dengan keputusan itu, Malaysia berjaya menebus kekecewaan peminat tanah air  setelah gagal merangkul kejuaraan pada edisi lepas.

Kejohanan badminton itu menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta).

Atas kejayaan itu, Malaysia membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala Thailand menerima AS$200,000 (RM620,000).

Keputusan penuh Piala Axiata 2013
Pada perlawanan tadi,  Malaysia gagal mengutip mata pertama apabila pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah tewas di tangan  Ratchanok Inthanon 16-21 dan 17-21.

Bagaimanapun Malaysia menyamakan kedudukan menerusi beregu campuran  Goh Liu Ying/Chan yang menundukkan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam 21-16 dan 21-15.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata tidak menghadapi masalah apabila mudah  memberi mata kedua kepada Malaysia dengan mengetepikan  Tanongsak Saensomboonsuk 21-12 dan 21-18.

Akhirnya, Malaysia memperoleh mata kemenangan apabila Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya mengekang kehebatan  Boonsak Ponsana/Songphon Anugritayawon dengan 21-10 dan 21-17.