Ada Benda Pelik Di Atas Siling Rumah Ini


Rumah anda ada siling? Pernahkah anda periksa dan naik ke atas siling rumah anda? Apa yang ada diatas siling tu? Kalau tiada apa-apa ok lah tu. Bagaimana pula jika ada sesuatu yang mengerikan di atas siling rumah anda?
Pada mulanya keluarga ini hidup sangat tenang dan tenteram, tetapi setelah mereka terlihat ada cecair aneh keluar dari atas siling rumah, mereka merasakan ada sesuatu yang ganjil sedang berlaku. Kejadian ini membuatkan mereka bingung dan bimbang apa sebenarnya yang ada di atas siling rumah mereka, akhirnya mereka memutuskan untuk memeriksa apa gerangan penyebab jatuhnya cecair aneh dari siling rumah mereka.
Akhirnya mereka menemukan sarang lebah gergasi yang sangat banyak dan besar bersarang diatas siling rumah mereka. Ternyata cecair aneh yang keluar dari siling itu adalah madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah yang sangat banyak yang tinggal di sarang tersebut.

Gambar-Gambar Berkaitan :




Video Berkaitan :

Burung Pertama Di Dunia Yang Ada Bulu Hitam

PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.


Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.

Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.


"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS.

Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, “saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis. 

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”


Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”


Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”. 


Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-


Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah 
yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.



Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaranRasulullah SAW yang dapat "tukanglawan" cari.



Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.







Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-


Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda :




Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.




Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.




Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.



Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.



Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.


Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.

Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka?

Istilah Makanan Yang Berkait Dengan Khinzir

Ilmu hak umat islam seluruh dunia…. tolong “SHARE”


 526688 403631796402697 1504089628 n Istilah Makanan Yang Berkait Dengan Khinzir
Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Tentera Kiram Lebih Kejam Daripada Komunis


Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.

Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”

Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.

Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.




HALIM (kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan

Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh.


#Pray For Sabah