BR1M 3.0 AKAN MULA DIBAYAR 23 FEBRUARI 2014


Berita terbaru yang diterima berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari.

Pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu,” kata Najib Razak ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang.


Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.


Borang Daftar Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Online

Borang daftar Program Bantuan Baucar Kerja RM35 sehari secara online. Program ini ditubuhkan bagi membantu golongan miskin yang menetap di bandar bagi menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai program bantuan baucar kerja dan langkah untuk mengemukakan permohonan.

Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014 Online
  • Individu berpendapatan bawah RM 3,000
  • Menetap dikawasan bandar
  • Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
  • Golongan tidak bekerja
  • Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih
Cara Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Online

1. Individu yang layak perlu tersenarai dalam golongan miskin menerusi pangkalan data laman e-kasih. Laman E-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

2. Bagi yang layak, sila laporkan kemiskinan menerusi laman Borang Ekasih Kebajikan Masyarakat

3.Semakan nama yang tersenarai dalam keluarga golongan miskin boleh disemak menerusi https://ekasih.icu.gov.my/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Cara Manual Pendaftaran Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari
1. Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.
2. Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.

Keputusan Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari
Individu yang layak akan dihubungi secara terus oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.

Kriteria Pemilihan Bantuan Baucar Kerja
  • Khusus bagi individu yang tersenarai dibawah golongan miskin bandar
  • Mempunyai maklumat data kemiskinan menerusi portal ekasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih
Tarikh Pelancaran Program Baucar Kerja 2014
Program Baucar Kerja 2014 akan dilancarkan mulai April 2014

Definisi Ekasih
Merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk mengenalpasti mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan berdasarkan kepada syarat dan kriteria bantuan masing-masing.

Raja Ema Dikritik Teruk

Jejaka Idaman’ dan ‘Angan-Angan’ adalah antara lagu yang menaikkan nama penyanyi 80-an ini. Gaya comel dan manis Raja Ema sememangnya menjadi pujaan ramai ketika itu. Namun disebabkan beliau tiba-tiba saja menghilangkan diri dari industri seni, ramai yang tertanya apakah yang berlaku kepada beliau.
Di saat beliau dirindui, seorang pendatang baru bernama Lynnzay telah mendendangkan semula lagunya ‘Jejaka Idaman’ kepada versi baru dan sekaligus membuatkan nama Raja Ema semakin disebut ramai. Raja Ema sebenarnya masih aktif dalam bidang lakonan namun beliau tidak mencanangkan publisiti secara meluas sehinggalah kewujudan pendatang baru ini yang menyebarkan semula lagu popular Raja Ema tersebut.
Raja Ema akhirnya telah membuat ‘comeback’ pertama dengan menjadi artis kulit depan majalah terkenal, ‘Nona’ dan mengejutkan orang ramai dengan penampilannya yang kelihatan masih muda remaja dan cantik. Ada juga yang marah dan menaikkan isu tentang Raja Ema telah membuka semula tudungnya untuk mula aktif dalam bidang seni.
Dan disebabkan kembalinya beliau, mungkin beliau ingin lakukan dengan sebaiknya. Jadi penampilannya menjurus ke arah remaja dan generasi muda. Ramai juga yang mengkritik penampilannya yang dikatakan tidak sesuai dengan usianya ini.

Komen Raja Ema sendiri, “Yang paling penting niat kita. Itu hak kita nak jaga penampilan. Kakak tak kacau orang, tapi kita kena ingatlah apa yang perkara yang betul dan apa yang tidak.”
“Bagi kakak mungkin mereka tak faham dan sebab itu mereka komen macam-macam. Biarlah orang nak kata apa, kakak tetap dengan kerja kakak, yang penting fokus pada kerja dan capai cita-cita.”
“Kakak dahulu duduk rumah, besarkan anak-anak. Jadi, sekarang mereka berdua dah besar, sudah ada kehidupan sendiri. Mereka lagi suka sebenarnya.Tapi kakak tetap beri masa kualiti pada mereka. Balik kerja mesti bawa keluar dan tanya apa masalah mereka.”

“Kejayaaan itu kadang-kadang datang cepat, kadang-kadang datang lambat. Tuhan dah takdirkan pada umur kakak macamni baru buat comeback. Mula-mula sekadar nak nyanyi-nyanyi habiskan masa lapang. Tiba-tiba masuk majalah dan ramai penerbit panggil berlakon.”
Sebenarnya boleh saja Raja Ema mahu kembangkan semula karier dan kejar cita-cita walau bertudung atau berpenampilan yang kena pada usia. Namun, tidak mengapalah. Itu hak beliau. Selagi beliau tidak terlibat dalam kontroversi panas yang merosakkan imejnya, ianya sudah cukup bagus.
Pada peminat yang ingin melihat beliau bertudung semula, lebih baik didoakan yang terbaik buat beliau untuk mendapat hidayah daripada anda mengutuk dan mengkritik beliau kan?


Lokasi Pemasangan AES Bagi Negeri Sabah

AES merupakan Sistem Penguatkuasaan Automatik yang digunakan untuk mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik dengan menggunakan kamera tetap atau mudah alih. Ianya akan digunakan untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Anda tidak perlu risau dengan sistem AES kerana amaran yang mencukupi akan diberikan dalam bentuk papan tanda sebelum anda memasuki zon AES. 

Tujuan sistem ini adalah hampir sama dengan kamera speed trap terdahulu cuma bezanya tidak ada lagi kamera tersembunyi untuk merekodkan kesalahan trafik dalam AES. Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan mereka yang memandu melebihi had laju akan dapat dilihat antara dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi AES tersebut dan lokasi kamera yang mengesan mereka yang melanggar lampu merah akan diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat tersebut. Kamera ini juga mampu mengesan kesalahan pemandu yang memandu melebihi had laju pada waktu malam dengan menggunakan flash.
klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar


Manakala untuk melihat lokasi pemasangan AES bagi negeri-negeri lain bolehlah klik pada LINK di bawah :

Laporan Penuh Punca Cuaca Sejuk Di Malaysia


Apakah punca sebenar cuaca sejuk melampau di Malaysia Januari 2014. Kenapa cuaca di Malaysia menjadi semakin sejuk? Maklum balas Jabatan Meteorologi mengenai Punca Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia. Fenomena Cuaca Sejuk luar biasa ini mulai trending di media sosial dan menjadi topik hangat diperkatakan. 

Berikut merupakan laporan penuh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai keadaan cuaca sejuk di Malaysia.

Yuna Rasa Tempias Tanggungjawab Kikis Islamofobia



Zan Azlee yang mengaitkan Yuna dan agen mengikis sentimen Islamofobia menarik perhatian stesyen berita antarabangsa Aljazeera.

Zan diundang menjadi tetamu menerusi Google Hangout dalam program The Stream yang bersiaran secara langsung pada pukul 3 pagi waktu Malaysia pada Selasa.

Pemilihan Zan dibuat susulan artikel kritikal beliau yang mengaitkanimej Yuna yang eksotik dan agen pemulih Islamofobia di Amerika Syarikat.

Dalam artikel yang mula disiarkan pada 9 Januari lalu di laman web Astro AWANI, Zan menyatakan kemunculan Yuna kena pada masanya sebagai ikon yang boleh memulihkan pandangan serong masyarakat Amerika ke atas dunia Islam.

Zan berpendapat, Amerika kini gigih memulihkan imej Islamophobianya dengan melakukan pelbagai dialog antara agama serta mula menggaji lebih ramai angota polis dan bomba beragama Islam.

Maka, beliau berpendapat, tidak hairan bagi Yuna untuk mendapat perhatian di Amerika Syarikat tambahan imej Yuna yang bukan tradisional malah bertudung amat menarik bagi mereka.

Zan Azlee bertanya sendiri kepada Yuna, adakah Yuna merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk memberi pemahaman kepada masyarakat antarabangsa tentang budaya dan membawa masyarakat bersatu tanpa mengira kaum dan agama.

Yuna dalam jawapannya mengesahkan bahawa dia ada merasakan tempias tanggungjawab tersebut dan ia adalah pakej kepada dirinya yang menjadi perhatian umum namun dia telah bersedia dengan muzik yang dibawanya.

Yuna menjadi tetamu di dalam program tersebut yang membincangkan mengenai kerjaya, populariti dan agama Islam Yuna. Program tersebut turut melibatkan lima tetamu lain secara atas talian ketika siaran langsung.




Mumia Berusia 700 Tahun Di Temui Di China


Inilah penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terungkap ketika pekerjaan membina jalan di China bagian Timur baru baru ini.
Yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia masih utuh. Dianggarkan, perempuan ini adalah berpangkat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di bandar Taizhou, Provinsi Jiangsu. Ahli arkeologi China terkejut bagaimana keadaan kulit, rambut, kening, dan wajah mumia perempuan ini. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia ditemui di dalam keranda batu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah.
Apa yang ia kenakan dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh dikatakan keadaan mumia ini sangat lengkap dan baik.











sumber: dairishare