Benarkah Ini Wajah Hang Tuah?


Gambar diatas ialah rupa atau wajah Laksamana Hang Tuah Sebenar. Sebelum ni, tiada seorang pun yang tahu bagaimana rupa wajah Hang Tuah dan hanya mendengar kehebatan pahlawan ini melalui sejarah. Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.


p/s : Mungkin ya mungkin tidak. Walaubagaimanapun bukanlah bermakna kita menolak secara keseluruhannya. Namun demikian, ia bergantung kepada orang lain sama ada untuk mempercayainya ataupun tidak. Hal ini kerana memang tiada siapa yang tahu bagaimanaka wajah sebenar Laksamana Hang Tuah ini.

sumber : www.melayukini.net

Benarkah Ini Wajah Hang Tuah? Unknown Rating: 5

0 KOMEN:

Post a Comment