SubhanAllah, 'Masjid Gay' Akan Dibuka Di Perancis



Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid. Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.

Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini. Zahed  mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.



Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.

"Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal," tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh International Business Times.


"Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang ingin melakukan solat," tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.



Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.

"Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria, tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka lakukan. Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam," terangnya.


Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.


Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di masjid itu, Zahed menjawab: "Kami akan mulai dengan solat-solat Jumat, namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu."




sumber: www.mychannels.org

Mengapa Coca-Cola Perlu Diboikot?


COCA-COLA DI MALAYSIA
Coca-Cola, minuman berkarbonat terkenal serata dunia, juga corporate partner FIFA seawal tahun 1974 lagi, adalah keluaran syarikat The Coca-Cola Company. Coca-Cola adalah minuman paling terkenal dan paling laris dalam sejarah.

Sumber :


Melalui The Coca-Cola System, syarikat The Coca-Cola Company melantik bottling partnersdi serata dunia bagi memasarkan produk-produk yang berkenaan di negara masing-masing dan ini termasuklah menghasilkan minuman, membungkus dan mengedar (Sumber :http://www.thecoca-colacompany.com/ourcompany/the_cocacola_system.html).

Kerana itu jugalah, bukan semua produk minuman The Coca-Cola Company terdapat di semua negara. Minuman teh hijau ShiZen contohnya, hanya terdapat di Malaysia dan Thailand (Sumber : http://www.virtualvender.coca-cola.com/ft/index.jsp?brand_id=770).



Di Malaysia, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) adalah syarikat yang menjadi bottling partner The Coca-Cola Company melalui F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd semenjak tahun 1936. Di antara produk minuman The Coca-Cola Company yang di-bottle dan dipasarkan di Malaysia oleh F&N ialah Coca-Cola, Vanilla Coke, Sprite dan Aquarius.

* Sejak Januari 2010, F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd telah ditukar nama kepada F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (Sumber : http://www.fn.com.my/food.aspx).


MENGAPA KITA PERLU MEMBOIKOT COCA-COLA?

"Mengapa kita perlu memboikot produk The Coca-Cola Company" - Itu yang lebih tepat.

Ini bermakna apabila kita bercakap mengenai 'boikot Israel', fokus kita ialah bukan memboikot produk F&N tetapi produk The Coca-Cola Company yang di-bottle dan dipasarkan di Malaysia.


Di antara sebab produk perlu diboikot : 

~ Syarikat Coca-Cola menyokong Israel sejak tahun 1966.

~ Pada tahun 1997, Government of Israel Economic Mission menganugerah syarikat Coca-Cola selepas lebih 30 tahun mereka (Coca-Cola) menyokong Israel.

~ Presiden/Chairman Coca-Cola Israel (Central Bottling Company) iaitu Moshe Wertheim adalah ahli Israel-America Chamber of Commerce (Sumber :http://www.amcham.co.il/chambermembers/details/7/80). Beliau juga adalah bekas Presiden pertubuhan berkenaan (Sumber : http://www.amcham.co.il/about/executive-committee).

* Salah satu misi Israel-America Chamber of Commerce ialah meningkatkan dan mengukuhkan hubungan ekonomi di antara Amerika dan Israel. Misi-misi lain boleh dibaca dihttp://www.amcham.co.il/about/missionstatement.

~ Syarikat Coca-Cola secara tidak langsung menyokong usaha-usaha lobi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel @ AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee) apabila menjadi Gold Sponsor "The Eagle Star Awards" kali ke-8 yang dianjurkan olehAmerican-Israel Chamber of Commerce yang mana AIPAC dianugerahkan "Community Partner Award" (Sumber : http://www.eaglestargala.com/2009 danhttp://www.eaglestargala.com/2009/sponsors.html).

* Di antara misi utama AIPAC ialah memastikan Amerika terus menyokong Israel, begitu juga menyokong ketenteraan Israel dalam menentang 'keganasan' Hamas dan Hezbollah. AIPAC secara terang-terangan menggunakan perkataan terrorist dan terrorism di laman web mereka. (Sumber : http://www.aipac.org/about_AIPAC/default.asp).


Nota : Terdapat banyak lagi sebab mengapa kita, muslimin dan muslimat yang prihatin dengan kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin wajib memboikot The Coca-Cola Company!


JAWAPAN COCA-COLA MALAYSIA (F&N) MENGENAI ISU ISRAEL-PALESTIN




Mengambil jawapan di atas secara optimis, kita boleh sahaja menganggap bahawa F&N yang mendapat hak sebagai bottler Coca-Cola di Malaysia prihatin terhadap apa yang berlaku ke atas Palestin dan apa yang dilakukan oleh Israel.

Pun begitu, apa yang membimbangkan kita sekarang ialah peranan The Coca-Cola Company dalam menjana ekonomi Israel. Melalui hujah-hujah yang diketengahkan oleh banyak pihak terutamanya pihak INMINDS, dapat kita melihat bahawa The Coca-Cola Company banyak menyokong perjuangan Israel secara tidak langsung.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, The Coca-Cola Company langsung tidak mempedulikan pandangan dan perasaan pengguna beragama Islam mahu pun bukan beragama Islam yang menuntut keadilan bagi bumi Palestin. Mari kita fikirkan perkara ini bersama :

Kempen memboikot barangan Israel termasuk Coca-Cola telah bermula sejak sekian lama. Mustahil The Coca-Cola Company tidak tahu mengenainya. Namun, adakah ia memberi sebarang kesan kepada sensitiviti mereka? Jawapannya : Tidak.

The Coca-Cola Company terus menerus memberi sokongan kepada Israel. Mereka boleh menyangkalnya, namun fakta-fakta yang ada mengesahkannya.


JIKA THE COCA-COLA COMPANY TIDAK MEMPEDULIKAN KITA,
MENGAPA KITA SIBUK MAHU MEMPEDULIKAN MEREKA?

PILIHAN DAN KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!


ANTARA PRODUK SYARIKAT COCA-COLA YANG TERKENAL DI MALAYSIA
Usah dikira syarikat tempatan mana yang menjadi bottler The Coca-Cola Company. Produk-produk berikut perlu diboikot segera :

Aquarius - Cherry Coke - Coca-Cola Classic - Coca-Cola Light (Diet Coke) - Fanta - ShiZen -Sprite - Vanilla Coke

Terdapat banyak lagi produk syarikat Coca-Cola di serata dunia. Bagi mendapatkan senarai lengkap, mohon layari http://www.thecoca-colacompany.com/brands/brandlist.html.


BUKTIKAN ANDA PRIHATIN!!



sumber: http://boikotdemipalestin.blogspot.com

Arca Transformer dari Bahan Kitar Semula



Sebagai peminat Transformer pasti akan kagum dengan hasil seni daripada Thailand ini. Hanya diperbuat daripada bahan-bahan terbuang kereta dan trak, artis seni daripada Thailand; Anchalee Saengtai dan team beliau menghasilkan skulptur Optimus Prime dan Bumblebee! Awesome!! Memang nampak amat real!! Walaupun info ini dah lama iaitu tahun 2011...


Bersanding Dengan Mayat




Berasal dari tahun 1920-an, dari sebuah desa di China. Umur sang gadis 17 tahun. Ia berasal dari keluarga yang berada dan kaya-raya. Oleh itu, dengan kekuatan wang, ia berhasil mendapatkan lelaki idamannya.


Lelaki tersebut berumur 19 tahun, dan cukup popular di mata para gadis-gadis kerana ketampanannya. Mereka bertunang, tetapi upacara pernikahan secara rasmi Belum terlaksana, dan sang gadis meninggal kerana demam kuat pada Tahun 1922.

Sang lelaki tidak ingin menjalani ritual tradisional menikah Dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dan menjadi tentera. Tetapi, seperti telah disebutkan, sang gadis berasal dari Keluarga yang kaya, dan ahli keluarganya berjaya membawa sang lelaki untuk kembali, kemudian sang lelaki dipaksa untuk menjalani ritual berkahwin dengan Gadis yang telah mati. Gambar ini diambil pada tengah malam, ketika sang gadis telah mati selama 6 hari.

Mereka harus menyangga tubuh sang gadis dengan papan kayu, Agar dapat berdiri dengan tegak. Perhatikan bahawa kaki sang gadis tidak menyetuh Tanah secara penuh? Dan juga, 2 baris huruf Cina, satu barisnya di Tulis secara terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati. Mereka mengatakan jika anda menatap gambar dengan waktu relatif Lama dan jika sang gadis tersenyum balik kepada anda, perkara buruk akan Terjadi kepada anda. Ini kerana sang lelaki tidak ingin menjalani ritual tersebut, namun, sang lelaki sangat miskin, dan tidak dapat melakukan apa-apa pada waktu itu.

Sang gadis sangat mencintainya, dan memaksanya untuk bertunang. Menyeramkan??? Anda yang menentukan ... Saya tidak merasa Ataupun melihat sang gadis tersenyum balik kepada saya ... Anda???

Seorang sahaja yang akan di pelihara, 11 orang lagi di bunuh! Kejam!



Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.


Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggungjawab ini.”

Ketiak Busuk Tidak Boleh Jadi Pilot



BEIJING: Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang? Anda mungkin mengatakan penglihatan jelas, kesihatan baik dan mampu berbahasa Inggeris, tetapi nampaknya itu bukan ciri diperlukan oleh satu syarikat penerbangan China.



Syarikat Penerbangan Hainan memerlukan calon juruterbang tidak mempunyai bau badan.  Syarikat itu mencetuskan kontroversi selepas menetapkan syarat tiada bau badan langsung kepada calon juruterbang



Dalam temuduganya, staf syarikat akan datang dekat dengan calon juruterbang dan menghidu ketiak sekiranya ada bau yang tidak menyenangkan.



Seorang calon yang ditolak permohonannya berkata, “Saya lulus semua ujian kecuali bau ketiak.”



Pegawai syarikat mendakwa, staf di pesawat sentiasa berinteraksi dengan orang ramai. Penumpang tidak mahu berurusan dengan seseorang yang mempunyai bau badan terutama pekerja yang bekerja dalam pesawat.



Persamaan logo dan jersi Makassar United dan Manchester United



Sedikit Info mengenai Makassar United :

Makassar United adalah sebuah kelab bola sepak amatur yang ada di Makassar . Pemilik kelab ini adalah Ryan Latief.Seorang pengusaha kaya dan juga pernah mencalonkan diri sebagai ketua umum PSSI ( Persatuan Sepak bola Seluruh Indonesia ).

info dari: http://olahraga.kompasiana.com

Nombor Telefon Yang Wajib Ada Pada Telefon Bimbit Anda


bagi kawasan SABAH
HOTLINE 088-318555
SMS: POLISSBH 32728

bagi kawasan KUALA LUMPUR
HOTLINE 03-21159999
SMS: POLISKL 32728

bagi kawasan SELANGOR
HOTLINE 03-20529999
SMS: POLISSEL 32728

bagi kawasan PERLIS
HOTLINE 04-9711999
SMS: POLISPLS 32728

bagi kawasan KEDAH
HOTLINE 04-7392999
SMS: POLISKD 32728

bagi kawasan PULAU PINANG
HOTLINE 04-2691999
SMS: POLISPG 32728

bagi kawasan PERAK
HOTLINE 05-2401999
SMS: POLISPK 32728

bagi kawasan NEGERI SEMBILAN
HOTLINE 06-7619999
SMS: POLISNS 32728

bagi kawasan MELAKA
HOTLINE 06-2851999
SMS: POLISMK 32728

bagi kawasan JOHOR
HOTLINE 07-2212999
SMS: POLISJOH 32728

bagi kawasan PAHANG
HOTLINE 09-6270999
SMS: POLISPH 32728

bagi kawasan TERENGGANU
HOTLINE 09-7540999
SMS: POLISTR 32728

bagi kawasan KELANTAN
HOTLINE 09-7540999
SMS: POLISKLN 32728


bagi kawasan SARAWAK
HOTLINE 082-240800
SMS: POLISSWAK 32728