Pelajar Madrasah Dirotan Hingga Pahanya Koyak

Entah di mana silapnya apabila seorang pelajar lelaki yang baru berusia 14 tahun telah dirotan beberapa kali menyebabkan pahanya koyak. Pelajar itu mendakwa ia dirotan oleh seorang ustaz yang berasal dari Bangladesh dan merupakan tenaga pengajar di madrasah berkenaan. Ekoran daripada kejadian itu, pelajar tersebut telah menerima 30 jahitan akibat rotan yang dianggap melampau. Ibu bapa pelajar berkenaan mahu menuntut ganti rugi, dan sekiranya tidak berbuat demikian mereka akan memfailkan saman terhadap madrasah terbabit.


PUCHONG – Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.

Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.

Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.

Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.

Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.

Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.

Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.

“Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.

Katanya, anaknya kini trauma dengan apa yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari madrasah terbabit.

Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun, kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos perbelanjaan perubatannya,” katanya.

Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa.

Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.

Turut mengecewakannya apabila pihak madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku.

Stadium Nasional Bukit Jalil Ditegur Barcelona


Hamidin janji akan pantau butiran perjanjian promoter dengan kelab asing sebelum beri lampu hijau

Shah Alam: Jika Barcelona tidak menegur mengenai keadaan rumput di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang ‘tak sesuai untuk perlawanan bola sepak’ rasanya sampai bila pun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu pun penganjur tak akan belajar.

Kecoh mengenai pertukaran gelanggang ke Stadium Shah Alam pada saat-saat terakhir sehingga menyulitkan orang ramai harus mengundang bicara kenapa pihak berkenaan tidak menasihatkan promoter BSC Soccer (M) Sdn Bhd memilih gelanggang lain selepas menyedari realiti sebenar keadaan rumput tidak sesuai untuk perlawanan seperti ini.
KBS juga difahamkan sedar dengan masalah rumput di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Pada 6 Jun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hadir memeriksa keadaan gelanggang dan rumput di Stadium Nasional sebelum memutuskan ia perlu ditutup selama enam bulan bermula Oktober ini untuk kerja menggantikan rumput baru.


Persoalannya, kenapa KBS dan FAM tidak tegas sebaliknya membiarkan promoter berkenaan meneruskan acara mereka tanpa memikirkan risiko seperti ini akan berlaku. Ini juga soal maruah negara kerana media asing juga difahamkan menghebohkan kepincangan mengenai perlawanan persahabatan itu.


Rujuk sebelum janji

Sebagai langkah memastikan insiden sama tidak berulang pada masa depan, FAM berjanji tidak akan memandang ringan sebaliknya akan memastikan promoter merujuk kepada badan induk itu sebelum membuat perjanjian dengan kelab ternama dunia dalam siri jelajah mereka.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata untuk mengelak perkara seperti ini berulang, FAM akan lebih bertegas dengan mana-mana promoter dan menganggap ia satu pengalaman kepada pihak promoter dan FAM sendiri.

“Kami perlu peka dari segi persiapan terutama penyediaan venue dan memperinci isi kandungan kontrak. Selepas ini, kita akan pastikan mana-mana promoter perlu mengikut garis panduan ditetapkan FAM dan jika gagal, kita takkan membenarkan mereka menganjurkan perlawanan seumpama ini.

“Promoter tak boleh sewenang-wenangnya membuat perjanjian yang melanggar garis panduan. Ia supaya tidak berlaku seperti kunjungan kelab-kelab luar ini umpama ‘touch and go’ saja,” kata Hamidin ketika ditemui di Shah Alam, semalam.


Kongsi pengalaman, nasihat

Ada yang turut menyalahkan FAM mengenai kekecohan yang berlaku sepanjang menjelangnya perlawanan yang berkesudahan Harimau Malaya tewas 3-1 kepada Barcelona, malam kelmarin tetapi harus diingat badan induk itu hanya mempunyai kuasa dalam hal-hal teknikal seperti menyediakan pasukan dan pemain, padang, pengadil dan kebenaran untuk perlawanan manakala segala keputusan lain ditetapkan oleh promoter dan kelab berkenaan.

Justeru Hamidin bakal mewajibkan beberapa perkara asas lain yang perlu dimaktubkan dalam perjanjian antara promoter dan kelab terbabit pada masa akan datang supaya ia lebih memberi faedah dan manfaat.

“Beberapa elemen perlu kita persetujui contohnya pengurus atau jurulatih kelab-kelab ini perlu mengadakan sesi satu atau dua jam bersama jurulatih-jurulatih FAM untuk berkongsi pengalaman dan nasihat selain turut diadakan satu sesi bersama pengurusan tertinggi FAM dan termasuk juga pihak media supaya kunjungan mereka ke sini lebih bermanfaat,” jelas Hamidin.

Siti Sarah – Kehilangan Ibu Sangat Perit Untuk Diterima (Al Fatihah)

Lebih kurang sebulan selepas kelahiran puteri sulung buat pasangan Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah, Dzakira Talita Zahra, ibu kepada penyanyi tersebut iaitu Nooraini Mohamad, pula pergi menyambut seruan Illahi setelah beberapa tahunmenderita menghidap penyakit 3 Serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.



Portal Murai.com.my ada menyiarkan berita mengenai pemergian ibu Siti Sarah yang juga isteri kepada pelakon veteran, Raisuddin Hamzah itu dan Siti Sarah menyatakan kerelaannya kerana tidak sanggup lagi melihat ibunya terlantar sakit.
Namun begitu, baru-baru ini ketika ditemui di sebuah majlis anjuran KRU Music, perasaan sebak menyelubungi hati pelantun lagu Kesetiaan ini apabila membayangkan dia dan ahli keluarga akan menyambut Aidilfitri yang pertama tanpa ibu tercinta.
“Saya memang tak boleh nak cakap pasal ibu saya sebab sebagai seorang anak, saya tidak sanggup nak melihat keadaan dia begitu. Bila saya menjadi ibu, baru saya dapat menyelami apa yang ibu saya rasakan.
“Sepanjang masa saya bersama dengannya. Sampaikan telefon pun saya tak tahu letak di mana kerana saya jadi beremosi. Malas nak bercakap dan jawab telefon, semuanya rasa macam tak kena.
“Saya memang reda ibu tinggalkan kami, tapi ia merupakan kehilangan dan hakikat yang perit untuk diterima,”ujar Siti Sarah dalam nada tersekat-sekat mengenangkan arwah ibunya yang pergi pada 26 Jun lalu.
Selain daripada sibuk menguruskan dua orang anaknya, Uwais Al-Qarni dan Dzakira Talita Zahra, penyanyi ini akan melancarkan single terbarunya tidak lama lagi. Sambutan Aidilfitrinya tahun ini juga tidaklah semeriah selalu dan dia belum memutuskan untuk beraya di kampung ayahnya di Kuala Selangor atau di Kulai, Johor bersama keluarga Shuib.

Koleksi Ucapan Hari Raya

Kalau dulu, menjelang hari raya kita akan sibuk menghantar kad raya untuk kawan-kawan dan saudara. Tapi sekarang tradisi kad raya telah diganti dengan SMS ucapan hari Raya yang lebih pantas dan mudah.. Pelbagai jenis ucapan SMS Raya yang akan dihantar. AdaSMS Raya lawak dan ada yang berbunga-bunga.

Bagi yang ingin mencari himpunan SMS Ucapan Raya yang lawak dan menarik, berikut beberapa Ucapan sms raya untuk rujukan. Korang boleh Copy Paste dan hantar kepada saudara dan rakan-rakan korang. SELAMAT HARI RAYA.




Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
_____________________________________

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi,
0-0 aaa.
_____________________________________ 

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.
_____________________________________

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
_____________________________________ 

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
_____________________________________ 

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
_____________________________________ 

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.
_____________________________________ 

Cahaya ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
_____________________________________ 

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut,
hari raya Aidil Fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf zahir dan batin.
_____________________________________ 

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
_____________________________________ 

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
_____________________________________ 

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,
_____________________________________ 

Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan di Aidil Fitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tak lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.
_____________________________________ 

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.
_____________________________________ 

B4 AidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awal2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..
_____________________________________ 

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.

_____________________________________ 

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

_____________________________________ 

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

_____________________________________ 
Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yg x kena,
TERtanya yg x tentu hala,
TERsasul yg x sengaja,
TERpukul kat mana2,
TERpinjam harta benda,
TERmoody x semena2,
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
_____________________________________ 
Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN.
_____________________________________ 

Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!
_____________________________________ 

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!
_____________________________________ 

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
_____________________________________ 

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.
_____________________________________ 

Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta...
_____________________________________ 

 “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)
_____________________________________ 

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)
_____________________________________  










Koleksi Kad Raya














Kubur Misteri Tidak Ikut Arah Kiblat Ditemui

Ramai yang menganggap kawasan perkuburan sebagai sebuah kawasan yang seram. Tidak hairanlah banyak cerita-cerita hantu ditimbulkan yang mengaitkan dengan kawasan perkuburan. Kita pun lalu di kawasan kubur pada waktu malam, memang mengundang rasa takut. baru-baru ini, KisahBest.My difahamkan seorang lelaki menemui sebuah kubur misteri yang tiba-tiba wujud di kawasan perkuburan berkenaan. Apa yang lebih merunsingkan lagi, kubur berkenaan disahkan tidak menghadap kiblat. Wah, apa cerita ini?



Duduk di Kampung Sungai Baru, Gunung Keriang, dekat sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru Gunung.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62, menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan kerja menggali liang lahad.

“Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang meninggal dunia, jadi pakcik pergi ke tanah perkuburan seperti biasa untuk melakukan kerja yang diperlukan termasuklah mengenalpasti lokasi bersesuaian.

“Namun, ketika sedang mencari lokasi berkenaan, secara tiba-tiba pakcik melihat satu kubur yang tidak pernah ada sebelum ini, pelik dengan kemunculan secara tiba-tiba itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, kubur berkenaan kelihatan masih baru, malahan terdapat sejambak bunga yang hampir layu di atas kubur itu.

Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menjaga tanah perkuburan itu selama 10 tahun ini, kedudukan kubur misteri berkenaan berada di kawasan asing, sedangkan jika sesiapa dikebumikan, dia mengetahui lokasinya.

“Bimbang kewujudan kubur misteri terbabit mempunyai unsur mencurigakan, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Imam masjid untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Hidayatul Solehin, Hassan Ahmad, 83, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara terbabit kerana sedia maklum jika ada kematian pastinya dimaklumkan kepadanya.

”Jika berlakunya kematian di kampung kami, maka akan diadakan bacaan doa mahupun talkin. Namun, kali ini tanpa ada sebarang sembahyang jenazah ataupun doa, muncul kubur entah datang dari mana secara tiba-tiba.

“Kemudian saya bersama sebahagian kariah masjid bergegas ke lokasi kubur misteri terbabit dan terkejut melihat sebuah kubur misteri berada di kawasan berkenaan malah langsung tidak menyangka penemuan itu,” katanya.
Katanya, kubur bertulis nama Firdaus Alif Wong berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kerana bukan sahaja dipercayai tidak mengikut arah kiblat malah seakan-akan baru digali. 
sumber : Sinar Harian

Misteri Kampung Tanduo Di Sabah

Seperti yang kita tahu, Kampung Tanduo merupakan antara lokasi sarang pengganas yang dijadikan sebagai pusat sehenti mereka. Tidak ada matlamat lain selain mereka menyatakan mahu merampas negeri Sabah. Namun ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda. Difahamkan, Kampung Tanduo sebenarnya dikatakan telah menyimpan 1001 misteri sejak 50 tahun dahulu. Misteri yang dikaitkan ini adalah seperti penemuan lembaga, makhluk halus dan lain-lain lagi.

BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal.

SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.

Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.

Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.

Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah ‘bertemu’ dengan ‘lembaga’ seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.

“Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.

“Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju.”

Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.

Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.

“Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.

“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja.”

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.

“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.

“Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.

Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.

Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.

Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.

Tidak pasti sama ada yang hadir itu ‘angin’ negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.

Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.

Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.

Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.

Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun ‘sergahan’ anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.

Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.

Memang…sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.

Juga terasa seperti ada ‘suara’ yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.

Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.

Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.Aura aneh kembali hadir ‘mengacau’ jiwa.

Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam…hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.

Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.

Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.

Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.

Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga ‘bahang’ yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.

Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.

Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.

Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.

Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.

Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.
Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,

Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.

Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.

Alhamdulillah…kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.

Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan… secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.

Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.

Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!

Lelaki Ini Menjadi Jutawan Setelah Membeli Sebuah Kontena Misteri


Kadangkala nilai sesebuah benda itu tidak mampu dinilai dengan mata kasar, tetapi jika sudah memilikinya barulah kita betul-betul tahu rahsia disebaliknya. Ini yang berlaku terhadap seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan kecil-kecilan. Dirinya telah membeli sebuah kontena yang dia sendiri tidak mengetahui muatan dalamnya. Dengan pembelian nilai USD100, ahli perniagaan itu telah berjaya membeli sebuah kontena yang baru sahaja diketahui terisi dengan sebuah kereta buruk tidak mempunyai tayar. Namun rupa-rupanya kereta tersebut bernilai hampir jutaan dollar.



LONDON 26 Julai – Seorang ahli perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membeli satu kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$ 100 (RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan.

Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.

Kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini dianggarkan bernilai AS$ 1 juta (RM3.2 juta).
Lelaki itu percaya, kereta terbabit ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga menyebabkannya dilelong.

Pada awalnya, dia menyangka kereta itu tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai kereta itu.

Lelaki itu turut mengambil keputusan melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug Redenius mengesahkan keasliannya.

Gempar !! Ikan Keli Gergasi Ditemui Di Mukah Sarawak

Berita tentang ikan keli gergasi ini telah menggemparkan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi seluruh Malaysia. Ikan pelik yang mempunyai berat lebih kurang 2 tan (2000kg) itu dikatakan tersesat dan mati di tepian sungai. Seorang pemborong ikan cuba mengangkat ikan keli tersebut dengan menggunakan kren tetapi tidak berjaya. Dia hanya berjaya mengangkat ikan keli gergasi itu hanya selepas menyiat kulit ikan pelik itu. Daging ikan keli gergasi itu dikatakan dipotong-potong dan dijual dengan harga RM6 sekilo. Kejadian ini telah berlaku di Mukah Sarawak.


5 Gambar











7 FAKTA Menarik Cara Memikat Wanita (Wajib Cuba)


Adakah anda pernah melihat lelaki yang boleh mendapatkan mana-mana gadis yang mereka mahu dan tertanya-tanya, "bagaimana mereka melakukannya?" Ya, perempuan tertarik kepada kuasa dan status. Ya, mereka tertarik dengan ciri-ciri kelelakian yang dominan, dan keyakinan. Nak tahu cara memikat wanita dengan bergaya?jom kita belajar sama-sama.

Jaga penampilan anda.

Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif.Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa.Paham kan maksud saya.Jangan la pergi dating pakai baju pagoda,seluar pendek macam taukeh Ah Chai dan berselipar jepun sahaja.tak Menarik, Tertarik De Boom kan?

Jadi diri sendiri
.
Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain.Baru tengok Aaron Aziz kat dalam Ombak Rindu yang hebat memanah CINTA anda pun sibuk nak jadi macam dia. HENTIKAN niat tak cerdik anda tu. Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho,buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat.Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.

Pandai berkomunikasi.

Cara memikat wanita
dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan. Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda “tackle” saya gerenti dia akan cair dengan anda. Bagi wanita lelaki yang pandai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang, mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat. Kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”. Tak percaya cuba la…

Bersifat prihatin dan ambil berat.

Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka. Tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE” tiap 3 minit sms, tiap 30 minit call, tiap 3 jam video call…jangan buat kerja gila ye. Bukan take cara itu yang saya maksudkan. Ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembangan beliau. Contohnya bila dia sakit anda boleh jenguk dia, beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.

Jangan jadi “Haji Bakhil Bin Haji Kedekut”

Sifat ni cukup wanita tak gemar. Cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah. Kejap…pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” dengan wanita yang tak bertanggungjawab. Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan. Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau. Si dia pasti akan terharu.

Jejaka yang periang

Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda. Macam mana ye…mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum. Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”. Sure dia takkan selesa. Selain itu satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja. Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi.. buat malu je nanti.. hehe

Jangan suka main “remote control”

Remote control TV LCD Samsung 45 inci ke?? eh bukan..maksud saya jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar. Wanita cukup pantang pasal benda ni. Wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka. Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka. Tiap minit nak tahu dia ada kat mana. Bosan la macam tu.. bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga. Ini baru cara memikat wanita
yang gentleman.


pssst : Cuba Dulu Baru Tahu !!

Sentuhan Emas Tony Fernandes

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari bahawa seorang ahli muzik yang pernah mengetuai syarikat rakaman Warner Music (M) Sdn. Bhd., Tony Fernandes kini merupakan seorang tokoh korporat tanah air yang disegani kerana kejayaannya mencetus revolusi dalam industri penerbangan rantau Asia.

Bagaimanapun, kejayaan yang dibinanya sejak enam tahun lalu itu, bukannya datang bergolek, kerana Fernandes, yang mahir bermain keyboard itu, terpaksa melalui ‘ranjau dan duri’, sebelum berjaya membina firma penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. sehingga dikenali di peringkat antarabangsa pada masa ini.


Kejayaannya itu juga telah mengheret beliau ke dalam kancah kontroversi termasuk dikaitkan dengan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tokoh korporat T. Ananda Krishnan (seorang hartawan), Tan Sri Vincent Tan (tokoh korporat), Datuk Mokhzani (anak Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan beberapa orang lain, tetapi Fernandes mengambil sikap ‘membisu’ kerana tidak mahu kontroversi itu merebak menjadi isu.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia itu ketika menceritakan detik permulaan beliau menceburi industri penerbangan berkata: “Saya sudah lama bercita-cita ingin menceburi perniagaan secara serius, tetapi tidak tahu perniagaan apa yang ingin dijalankan.”

Fernandes berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen.

“Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton (di London) dan menghabiskan masa selama dua hari di sana.

“Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Katanya, setelah kembali ke Malaysia, beliau telah menyatakan hasratnya itu untuk menubuhkan syarikat penerbangan kepada kawan rapatnya (Datuk) Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan dan kini menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia.

Peserta Islam Nekad Tanding Ratu Cantik Malaysia

Wafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan
Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. 


sumber : Berita Harian 




Fatwa dah keluar pun masih mahu bantah lagi?

Abby Abadi Dan Suami

Muhammad Noor Farhan Adalah Pembantu Butik Abby Abadi Selepas berita per kahwinan Abby Abadi secara tiba - tiba meletup menjadi hangat hari ini , sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapa kah lelaki itu ?

Sebelum ini pernah timbul pula cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru .

Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya telah berbunga -bunga menerima ke hadiran seorang lelaki sebagai suami dalam hidupnya.



Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis  Abby abadi menulis:

Sehebat mana kita merancang .
Selama mana kita menunggu .
Sekeras mana kita bersabar .
Sejujur mana kita menerima dirinya .
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya .
Kita tidak akan bersamanya .
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat. 
Menurut ilmuNYA.
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Turut di muat naikkan  gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros . Rentetan daripada pos ini , ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah di perkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu .





Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya.