Bayi Tunjuk Isyarat V Dalam Kandungan

Seorang bayi ditemui sedang membuat isyarat V ketika berada dalam kandungan. Penemuan itu mengejutkan ibunya serta jururawat di situ ketika mereka sedang melakukan imbasan.



Kami sendiri pun tidak pasti sama ada berita sahih ataupun tidak. Walaubagaimanapun ia sudah tesebar luas mengenai Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau Vketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.


Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: “Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi pelik itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat.” Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua. Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: “Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik.

Mitos Keburukan Kacang Soya



Kita Selalu Digembar-gemburkan Dengan Kandungan Dan Kebaikan SoyaYang Mengandungi Nutrien Penting Dan Protein, Tapi Perkongsian Ini Adalah sebaliknya.


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net




Top 20 Negara Pengguna FB Tertinggi



Ini merupakan data yang dikeluarkan oleh Royal Pingdom

1. USA, 130 juta pengguna
2. Britain, 28 juta pengguna
3. Indonesia, 26.5 juta pengguna
4. Italy, 26 juta pengguna
5. France, 21 juta pengguna
6. India, 21 juta pengguna
7. Germany, 18 juta pengguna
8. Mexico, 18 juta pengguna
9. Turki, 16 juta pengguna
10. Canada, 15 juta pengguna
11. Malaysia, 12 juta pengguna
12. Spain, 12 juta pengguna
13. Filipina, 10 juta pengguna
14. Australia, 9.1 juta pengguna
15. Argentina, 8.2 juta pengguna
16. Taiwan, 8.2 juta pengguna
17. Colombia, 7.5 juta pengguna
18. Brazil, 6.2 juta pengguna
19. Chili, 6.2 juta pengguna
20. Thailand, 6.2 juta pengguna

Makhluk Misteri Di Sabah (Flying Rod)



Kepada sesiapa yang ada melihat berita TV3 jam 8 malam pada 24 Dis 2012 mesti ada terlihat video atau imej makhluk misteri ini di penghujung siaran berita itu. 

Makhluk misteri ini dikenali sebagai Flying Rod atau Sky Fish(Ikan Terbang). Ia adalah makhluk yang terbang dan berputar dengan kecepatan tinggi sehingga sukar dilihat menggunakan mata kasar manusia.Misteri makhluk ini pernah disiarkan di History Channel dalam Monster Quest season 1 .




ROD TERAKAM OLEH CCTV DI KAWASAN PARKING
(BUKAN DI SABAH)


Panjang Rod di antara 10 cm hingga 5 meter. Rod juga dapat mengendalikan arah terbangnya sama seperti burung atau serangga. Ada yang menganggap Rod adalah haiwan/binatang yang belum dikenal pasti dan ada juga menganggap Rod sebagai UFO. Tidak dinafikan juga ada yang menganggap Rod adalah rekaan semata-mata.


Namun apa yang menjadi persoalan disini, benarkah Rod wujud? Dimanakah lokasi tepat habitat makhluk ini? Mengapa Matthew Lazenby merahsiakan lokasi rakaman makhluk itu? dan yang paling menjadi tanda tanya ialah mengapa TV3 block video ini?
(http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Jabatan_Hidupan_Liar_Sabah_Akan_Jalankan_Kajian_Terperinci.html).

Benarkah Ini Wajah Hang Tuah?


Gambar diatas ialah rupa atau wajah Laksamana Hang Tuah Sebenar. Sebelum ni, tiada seorang pun yang tahu bagaimana rupa wajah Hang Tuah dan hanya mendengar kehebatan pahlawan ini melalui sejarah. Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.


p/s : Mungkin ya mungkin tidak. Walaubagaimanapun bukanlah bermakna kita menolak secara keseluruhannya. Namun demikian, ia bergantung kepada orang lain sama ada untuk mempercayainya ataupun tidak. Hal ini kerana memang tiada siapa yang tahu bagaimanaka wajah sebenar Laksamana Hang Tuah ini.

sumber : www.melayukini.net

Kisah Gadis Manis Yang Menjadi Maskot




Meskipun tiada yang salah pada pekerjaan gadis China ini, orang ramai tetap terharu dengan kisahnya. Tidak disebutkan siapa Gadis Maskot ini. Penulis hanya mengatakan Gadis Maskot ini tidak setanding kecantikkannya berbanding model-model yang berpose bersama-sama kereta-kereta terbaru ketika pameran tersebut. Si juru foto mengatakan dirinya merasa tersentuh dengan gadis yang bekerja selama enam jam itu. Dengan beban berat dikepalanya dan baju tebal yang panas, gadis ini mesti memenuhi permintaan pengunjung untuk bergambar dengannya sebagai maskot pameran kereta itu.



Berikut adalah penceritaan yang disampaikan oleh Juru Foto tersebut sendiri melalui gambar-gambar Gadis Maskot yang diambilnya secara diam-diam:

1) Ketika ini saya belum tahu orang di sebalik maskot itu, Gadis Maskot yang sering melayan kerenah pengunjung untuk bergambar bersamanya.

2) Tanpa sengaja saya melihatnya sedang membuka topeng kerana kepanasan. Rupa-rupanya dia seorang gadis.Saya terus mengarahkan kamera kepadanya,dan perlu mengatur setting kamera terlebih dahulu.

3) Saya hanya 10 meter darinya. Foto ini saya ambil setelah mengubah setting kamera saya. Maskot ini sebenarnya ada tiga, namun dua rakan maskotnya sedang betugas pada ketika ini.Dia sedang beristirehat beberapa minit disebalik pintu gerbang, sementara saya sedang bersembunyi agar dia tidak menyedari kehadiran saya.

4) Dia memakai semula pakaian maskot dan bersiap untuk bekerja semula setelah beberapa minit berehat sambil mendinginkan tubuhnya.

5) Dia sedang mengangkat topeng yang akan dipakaikan di kepalanya.

6) Dia bergerak untuk menarik perhatian pengunjung. Saya membelakanginya dan mengambil gambarnya secara diam-diam.

7)Dia menghiburkan orang ramai. Tapi dia tidak boleh berbusana untuk memperlihatkan daya tarikannya yang sebenar, seperti yang dilakukan oleh gadis-gadis model yang ada di pameran kereta itu.

8) Dia bergambar bersama pengunjung wanita yang mungkin ingin memuat naik gambar tersebut ke FB ataupun Twitternya.

9) Saya agak marah dengan pemuda yang berada di belakang maskot kerana memutar topeng besar itu. Jika topeng itu terjatuh apa yang bakal si Gadis Maskot rasa apabila orang ramai melihat wajahnya kelak dan mengenai siapa dirinya sebenar.

10) Maskot lain melintas. Saya fikir gadis ini lebih beruntung kerana wajahnya tidak tersembunyi disebalik topeng besar.

11) Pemuda ini tahu bahawa yang sedang dirangkul merupakan seorang gadis. Anda saja Gadis Maskot tidak bertopeng, mungkin dia tidak
mahu untuk bergambar seperti ini.

12) Gadis Maskot keluar untuk berehat semula. Kali ini jarak saya dengannya hanya 6-7 meter.

13) Dia kelihatan berpeluh kerana kepanasan. Tapi udara segar mungkin akan mengembalikan tenaganya semula.

14) DIa kelihatan terlalu letih dan keberatan untuk menurunkan topengnya itu.

15) Saya meneka dia adalah seorang mahasiswi, tetapi saya tidak berani bertanyapadanya, walaupun untuk memujinya. Saya rasa saya tidak membuat atau kesalahan atau melanggar undang-undang kerana mengambil gambar seseorang
tanpa kebenaran.

16) Beberapa fotografer profesional yang mengambil gambar gadis-gadis model yang bertubuh lebih tinggi dari Gadis Maskot sedang berpose bersam kereta. Mungkinkah Gadis Maskot ada berasa iri hati?

17) Dia kembali melayani pengunjung untuk bergambar bersamanya, Lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, botak dan
rambut panjang, semuanya tidak terkecuali.

18) Ini setelah satu jam saya menintip dirinya, dia kelihatan sangat letih.

19) Di sini dia perasan saya sedang mengambil gambarnya, dia menjadi kau. Dipegangnya topeng besar itu, duduk berjongkok lalu membuka baju luarnya.

20) Dia kelihatan sangat bahagia.

21) Ketika matahari terbenam, dia menyaksikan kerumunan orang dari sudut yang sepi.

22) Saya berada hanya 10 meter darinya. Dia seperti mengatakan sesuatu kepada pekerja sampah. Dia senyum dengan lesung pipi yang besar.

23) Seorang model melintasinya. Saya melihat ada keinginan si Gadis Maskot untuk menjadi Cinderella.

24) Sebuah pemandangan kontras antara sebuah gaya hidup dan keterpaksaan hidup. Mungkin keduanya sedang berada dalam realiti. Tetapi realiti si Gadis Maskot tidak boleh untuk Glamour.

25) Foto akhir ini mungkin akan membuat perubahan bagi dirinya. Foto-foto yang saya ambil ini mudah-mudahan akan membuatnya
terkenal. Saya sangat terharu ketika gambar ini diambil. Saya tidak tahu, adakah dia dia mengelap peluh atau air mata. Inilah kerja keras seorang gadis yang harus kita jadikan inspirasi.


p/s : sesiapa yg tahu tolonglah bagitahu kesudahan cerita ini ngan admin... nak tahu juga apa jadi dengan Gadis Maskot ni selepas gambar2nya ini menjadi perhatian orang ramai.

Kelebihan Dinar Emas


Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar. Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda. Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin. Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.
Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :
1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.
2) Boleh digunakan untuk membayar zakat.
3) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.
4) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.
5) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.


1. Emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
Emas tidak menjamin anda menjadi kaya tapi menjamin anda tidak miskin. Ia sememangnya menguntungkan penyimpan atau pelabur emas. Tempoh masa untuk simpanan atau pelaburan emas disarankan 1 tahun dan ke atas. Dalam masa 1 tahun ini, kita akan nampak perbezaan harga turun dan naik. Dibawah adalah sejarah harga emas dalam masa 1 tahun.

2. Konsep Beli Sekarang

Jika anda masih ragu-ragu dengan emas, banyakkan membaca, tanya orang lain tentang emas, dan gunakan konsep ini. Beli sekarang dan tunggu bukan tunggu masa yang sesuai untuk beli, kerana harga emas hari ini tidak sama dengan harga emas esok, mungkin naik dan mungkin turun tetapi emas akan sentiasa naik harganya.
3. Harga Sentiasa Turun dan Naik
Emas ialah antara barangan komoditi yang sentiasa harganya turun dan naik, bila anda menkaji graf harga emas, sudah pasti terdapat penurunan dan kenaikan harga, antara faktor penurunan harga emas ialah kekukuhan matawang U.S, dan antara kenaikan harga emas ialah kejatuhan matawang U.S, krisis ekonomi dunia, perperangan, bencana dunia dll.


4. Pelaburan Emas Bukan Pendapatan Tetap
Simpanan atau pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap anda setiap bulan, sekiranya anda mahu menjana pendapatan daripada emas, perniagaan emas ialah jawapannya.

Wan Zack Haikal

Biodata
Nama Penuh : Wan Zack Haikal Bin Wan Noor
Tarikh Lahir : January 28, 1991 (age 20)
Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian : 1.63 m (5 ft 4 in)
Posisi : Striker & Midfielder

Club information
Current club Harimau Muda A
Number 11

Youth career
2005-2007 Kuala Lumpur President Cup

Senior career

2007-2008 Felda United FC 6
2008-2009 Harimau Muda 21
2009- Harimau Muda A 22
2011- → Zlaté Moravce (loan)
2012-present Harimau Muda A 0



National team
2008-2010 Malaysia U-19 11
2008-present Malaysia U-23
Wan Zack Haikal Wan Noor adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Harimau Muda A sebagai seorang pemain tengah dan juga penyerang.[1] Beliau adalah ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-19.
Gol beliau yang pertama buat Malaysia bawah-19 adalah menentang Myanmar di dalam Kejohanan Remaja B-19 AFF 2009. Malaysia telah memenangi 2-0 pada masa itu.[2]Wan sebelum ini bermai bagi Felda United FC sebelum dia dipindahkan ke Harimau Muda B.
Selepas Harimau Muda B memenangi Liga Premier 2009, beliau dinaikkan ke Harimau Muda A kerana prestasi baik beliau di dalam pasukan Harimau Muda B. Wan merupakan salah seorang daripada para pemain yang dipilih untuk melibatkan diri di dalam latihan ke Slovakia bagi Harimau Muda A pada 5 September 2010 sehingga 9 November 2010 .




sumber : http://www.informasikini.com