Pihak tentera India dan Pasukan Polis
Sempadan India-Tibet (ITBP) mendakwa telah mengesan sekurang-sekurangnya
100 biji UFO di ruang udara Jammu dan Kashmir bulan lepas.
Menurut Akhbar India Today, ITBP sudah
memberikan maklumat terperinci UFO yang dilihat dalam laporan mereka
kepada ibu pejabat New Delhi dan juga kepada Pejabat Perdana Menteri.
Menurut laporan objek bercahaya tidak dikenali atau UFO itu dilihat di ruang udara wilayah terbabit dan mereka menolak kemungkinan
cahaya itu datang daripada pengangkutan udara, pesawat tanpa pemandu
atau satelit yang sedang mengorbit bumi pada paras rendah.
“Objek bercahaya yang kita nampak itu
bukan pesawat tanpa pemandu, kapal terbang atau satelit yang mengorbit
bumi,” kata seorang pegawai tentera yang sedang menjalankan kajian ke
atas foto kabur yang diambil pasukan ITBP.
Sepasukan tentera yang telah merekodkan
penemuan UFO dan pesawat tanpa pemandu secara berasingan, sudah
melakukan beberapa usaha bagi mengenal pasti objek berkenaan.
Laporan mengenai kehadiran Objek Terbang Tidak Dikenali pernah dibuat di wilayah Ladakh
sebelum ini. Kehadiran objek tidak dikenali yang semakin kerap berlaku
telah mendorong pihak tentera menjalankan kajian terperinci mengenainya.
Pasukan tersebut cuba untuk mengenal
pasti objek terbang itu September lalu dengan menggunakan radar dari
darat dan penganalisis spektrum. Akan tetapi, mereka gagal kerana kedua-dua peranti yang digunakan itu gagal mengesannya.
0 KOMEN:
Post a Comment