Google Kini Membolehkan Anda Memadam Data Akaun Google Selepas Anda Mati



Salah satu perkara yang tidak diketahui adalah bilakah kita akan mati, dan semestinya ramai yang ingin memastikan data dan info mereka di web terurus walaupun setelah mereka tiada. Mengambil berat perkara ini, kini Google memperkenalkan halaman khas dinamakan sebagai Inactive Account Manager.

Melalui halaman ini, pengguna boleh membuat beberapa tetapan dan mengaktifkan sokongan ini. Sebaik sahaja diaktifkan, pengguna akan diminta untuk memilih tempoh masa bilakah anda ingin nyah-aktifkan akaun Google anda, seperti dalam tempoh tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan atau 12 bulan.

Sekiranya anda tidak aktif (tidak mengakses langsung) akaun Google anda dalam tempoh tersebut, maka ia akan menguruskan akaun anda mengikut apa yang ditetapkan, seperti menghantar data anda kepada kenalan, dan memadamkan data anda daripada perkhidmatan Google.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh menguruskan pelbagai data mereka di Google, termasuk daripada perkhidmatan Blogger, YouTube, Google+, Picasa, dan pelbagai perkhidmatan Google yang lain.

Dan untuk memastikan data anda tidak dipadam secara tidak sengaja, sistem akan terlebih dahulu menghantar mesej ke telefon anda (yang ditetapkan pada halaman ini), dan menghantar emel kepada alamat emel kedua yang ditetapkan.

Boleh dikatakan ini merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan akaun dan data digital kita, sekiranya kita tidak aktif di arena internet disebabkan pelbagai sebab.

Bagi anda yang ingin mengaktifkan sokongan ini, boleh ke halaman Inactive Account Manager, dan mula membuat tetapan anda hari ini.

Google Kini Membolehkan Anda Memadam Data Akaun Google Selepas Anda Mati Unknown Rating: 5

0 KOMEN:

Post a Comment