Rozaimi Abd Rahman disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN.
Rozaimi yang
berusia 20 tahun dari Bongawan itu terkejut apabila namanya terpilih
bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa yang turut
tersenarai sebagai pemain terbaik Asia.
“Pengiktirafan ini adalah untuk seluruh
rakyat Sabah. Saya terharu dan gembira kerana tersenarai walaupun agak
terkejut kerana prestasi saya turun naik kecuali ketika bermain bersama
Harimau Muda pada Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Yangon,
Myanmar, Jun lalu dengan menjaringkan 10 gol. Mungkin kerana aksi itulah
saya dipilih ESPN, bagi saya ramai lagi yang layak seperti Safiq Rahim,
Safee Sali dan Wan Zack Haikal. Namun mungkin nasib lebih menyebelahi
saya,” kata penyerang Harimau Muda A – Rozaimi Abd Rahman dalam laporan
myMetro selepas namanya disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012
oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN.
Ini adalah pengiktirafan kedua diterima
Rozaimi selepas Anugerah Pemain Harapan Negara, Oktober lalu. Rozaimi
gembira kerana dapat mengharumkan nama Sabah di persada antarabangsa
menerusi bola sepak dengan tersenarai antara 10 pemain terbaik Asia
tahun ini dan mendedikasikannya kepada seluruh rakyat negeri ini.
“Memang inilah yang saya mahu lakukan,
seperti Matlan Marjan yang menjadi idola saya. Dulu dia turut
mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dengan menjaringkan dua gol ketika
menentang England. Saya harap pengiktirafan ini menjadi pendorong untuk
saya beraksi lebih cemerlang membawa cabaran Harimau Muda A terutama
untuk Sabah jika disenaraikan kembali tahun depan,” katanya.
p/s : BUKA MATA ANDA RAJAGOBAL!!