COCA-COLA DI MALAYSIA
Coca-Cola, minuman berkarbonat terkenal serata dunia, juga corporate partner FIFA seawal tahun 1974 lagi, adalah keluaran syarikat The Coca-Cola Company. Coca-Cola adalah minuman paling terkenal dan paling laris dalam sejarah.
Sumber :
Melalui The Coca-Cola System, syarikat The Coca-Cola Company melantik bottling partnersdi serata dunia bagi memasarkan produk-produk yang berkenaan di negara masing-masing dan ini termasuklah menghasilkan minuman, membungkus dan mengedar (Sumber :http://www.thecoca-colacompany.com/ourcompany/the_cocacola_system.html).
Kerana itu jugalah, bukan semua produk minuman The Coca-Cola Company terdapat di semua negara. Minuman teh hijau ShiZen contohnya, hanya terdapat di Malaysia dan Thailand (Sumber : http://www.virtualvender.coca-cola.com/ft/index.jsp?brand_id=770).
Di Malaysia, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) adalah syarikat yang menjadi bottling partner The Coca-Cola Company melalui F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd semenjak tahun 1936. Di antara produk minuman The Coca-Cola Company yang di-bottle dan dipasarkan di Malaysia oleh F&N ialah Coca-Cola, Vanilla Coke, Sprite dan Aquarius.
* Sejak Januari 2010, F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd telah ditukar nama kepada F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (Sumber : http://www.fn.com.my/food.aspx).
MENGAPA KITA PERLU MEMBOIKOT COCA-COLA?
"Mengapa kita perlu memboikot produk The Coca-Cola Company" - Itu yang lebih tepat.
Ini bermakna apabila kita bercakap mengenai 'boikot Israel', fokus kita ialah bukan memboikot produk F&N tetapi produk The Coca-Cola Company yang di-bottle dan dipasarkan di Malaysia.
Di antara sebab produk perlu diboikot :
~ Syarikat Coca-Cola menyokong Israel sejak tahun 1966.
~ Pada tahun 1997, Government of Israel Economic Mission menganugerah syarikat Coca-Cola selepas lebih 30 tahun mereka (Coca-Cola) menyokong Israel.
~ Presiden/Chairman Coca-Cola Israel (Central Bottling Company) iaitu Moshe Wertheim adalah ahli Israel-America Chamber of Commerce (Sumber :http://www.amcham.co.il/chambermembers/details/7/80). Beliau juga adalah bekas Presiden pertubuhan berkenaan (Sumber : http://www.amcham.co.il/about/executive-committee).
* Salah satu misi Israel-America Chamber of Commerce ialah meningkatkan dan mengukuhkan hubungan ekonomi di antara Amerika dan Israel. Misi-misi lain boleh dibaca dihttp://www.amcham.co.il/about/missionstatement.
~ Syarikat Coca-Cola secara tidak langsung menyokong usaha-usaha lobi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel @ AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee) apabila menjadi Gold Sponsor "The Eagle Star Awards" kali ke-8 yang dianjurkan olehAmerican-Israel Chamber of Commerce yang mana AIPAC dianugerahkan "Community Partner Award" (Sumber : http://www.eaglestargala.com/2009 danhttp://www.eaglestargala.com/2009/sponsors.html).
* Di antara misi utama AIPAC ialah memastikan Amerika terus menyokong Israel, begitu juga menyokong ketenteraan Israel dalam menentang 'keganasan' Hamas dan Hezbollah. AIPAC secara terang-terangan menggunakan perkataan terrorist dan terrorism di laman web mereka. (Sumber : http://www.aipac.org/about_AIPAC/default.asp).
Nota : Terdapat banyak lagi sebab mengapa kita, muslimin dan muslimat yang prihatin dengan kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin wajib memboikot The Coca-Cola Company!
JAWAPAN COCA-COLA MALAYSIA (F&N) MENGENAI ISU ISRAEL-PALESTIN
(Sumber :http://www.coke.com.my/)
Mengambil jawapan di atas secara optimis, kita boleh sahaja menganggap bahawa F&N yang mendapat hak sebagai bottler Coca-Cola di Malaysia prihatin terhadap apa yang berlaku ke atas Palestin dan apa yang dilakukan oleh Israel.
Pun begitu, apa yang membimbangkan kita sekarang ialah peranan The Coca-Cola Company dalam menjana ekonomi Israel. Melalui hujah-hujah yang diketengahkan oleh banyak pihak terutamanya pihak INMINDS, dapat kita melihat bahawa The Coca-Cola Company banyak menyokong perjuangan Israel secara tidak langsung.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, The Coca-Cola Company langsung tidak mempedulikan pandangan dan perasaan pengguna beragama Islam mahu pun bukan beragama Islam yang menuntut keadilan bagi bumi Palestin. Mari kita fikirkan perkara ini bersama :
Kempen memboikot barangan Israel termasuk Coca-Cola telah bermula sejak sekian lama. Mustahil The Coca-Cola Company tidak tahu mengenainya. Namun, adakah ia memberi sebarang kesan kepada sensitiviti mereka? Jawapannya : Tidak.
The Coca-Cola Company terus menerus memberi sokongan kepada Israel. Mereka boleh menyangkalnya, namun fakta-fakta yang ada mengesahkannya.
JIKA THE COCA-COLA COMPANY TIDAK MEMPEDULIKAN KITA,
MENGAPA KITA SIBUK MAHU MEMPEDULIKAN MEREKA?
PILIHAN DAN KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!
MENGAPA KITA SIBUK MAHU MEMPEDULIKAN MEREKA?
PILIHAN DAN KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!
ANTARA PRODUK SYARIKAT COCA-COLA YANG TERKENAL DI MALAYSIA
Usah dikira syarikat tempatan mana yang menjadi bottler The Coca-Cola Company. Produk-produk berikut perlu diboikot segera :
Aquarius - Cherry Coke - Coca-Cola Classic - Coca-Cola Light (Diet Coke) - Fanta - ShiZen -Sprite - Vanilla Coke
Terdapat banyak lagi produk syarikat Coca-Cola di serata dunia. Bagi mendapatkan senarai lengkap, mohon layari http://www.thecoca-colacompany.com/brands/brandlist.html.
BUKTIKAN ANDA PRIHATIN!!
sumber: http://boikotdemipalestin.blogspot.com
0 KOMEN:
Post a Comment