Kadangkala nilai sesebuah benda itu tidak mampu
dinilai dengan mata kasar, tetapi jika sudah memilikinya barulah kita
betul-betul tahu rahsia disebaliknya. Ini yang berlaku terhadap
seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan kecil-kecilan.
Dirinya telah membeli sebuah kontena yang dia sendiri tidak mengetahui
muatan dalamnya. Dengan pembelian nilai USD100, ahli
perniagaan itu telah berjaya membeli sebuah kontena yang baru sahaja
diketahui terisi dengan sebuah kereta buruk
tidak mempunyai tayar. Namun rupa-rupanya kereta
tersebut bernilai hampir jutaan dollar.
LONDON 26 Julai – Seorang ahli
perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membeli satu
kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$ 100
(RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan.
Lelaki yang enggan dikenali itu telah
membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia
sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan
legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.
Kenderaan itu pernah digunakan dalam
filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini
dianggarkan bernilai AS$ 1 juta (RM3.2 juta).
Lelaki itu percaya, kereta terbabit
ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut
untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga
menyebabkannya dilelong.
Pada awalnya, dia menyangka kereta itu
tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di
bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa
kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya
tentang nilai kereta itu.
Lelaki itu turut mengambil keputusan
melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di
London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug
Redenius mengesahkan keasliannya.
0 KOMEN:
Post a Comment