Ramai yang menganggap kawasan perkuburan sebagai sebuah
kawasan yang seram.
Tidak hairanlah banyak cerita-cerita hantu ditimbulkan yang mengaitkan
dengan kawasan perkuburan. Kita pun lalu di kawasan kubur pada waktu
malam, memang mengundang rasa takut. baru-baru ini, KisahBest.My
difahamkan seorang lelaki menemui sebuah kubur misteri
yang tiba-tiba wujud di kawasan perkuburan berkenaan. Apa yang lebih
merunsingkan lagi, kubur berkenaan disahkan tidak menghadap kiblat.
Wah, apa cerita ini?
Duduk di Kampung Sungai Baru, Gunung
Keriang, dekat sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di
kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru
Gunung.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62,
menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan
kerja menggali liang lahad.
“Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang meninggal dunia, jadi pakcik
pergi ke tanah perkuburan seperti biasa untuk melakukan kerja yang
diperlukan termasuklah mengenalpasti lokasi bersesuaian.
“Namun, ketika sedang mencari lokasi berkenaan, secara tiba-tiba
pakcik melihat satu kubur yang tidak pernah ada sebelum ini, pelik
dengan kemunculan secara tiba-tiba itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Harun berkata, kubur berkenaan kelihatan masih baru, malahan terdapat
sejambak bunga yang hampir layu di atas kubur itu.
Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menjaga tanah
perkuburan itu selama 10 tahun ini, kedudukan kubur misteri
berkenaan berada di kawasan asing, sedangkan jika sesiapa dikebumikan,
dia mengetahui lokasinya.
“Bimbang kewujudan kubur misteri terbabit mempunyai unsur
mencurigakan, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Imam masjid
untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Imam Masjid Hidayatul Solehin, Hassan Ahmad, 83,
berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara terbabit
kerana sedia maklum jika ada kematian pastinya dimaklumkan kepadanya.
”Jika berlakunya kematian di kampung kami, maka akan diadakan bacaan
doa mahupun talkin. Namun, kali ini tanpa ada sebarang sembahyang
jenazah ataupun doa, muncul kubur entah datang dari mana secara
tiba-tiba.
“Kemudian saya bersama sebahagian kariah masjid bergegas ke lokasi
kubur misteri terbabit dan terkejut melihat sebuah kubur misteri berada
di kawasan berkenaan malah langsung tidak menyangka penemuan
itu,” katanya.
Katanya, kubur bertulis nama Firdaus Alif Wong berkenaan menimbulkan
tanda tanya kepada penduduk kerana bukan sahaja dipercayai tidak
mengikut arah kiblat malah seakan-akan baru digali.
sumber : Sinar Harian
0 KOMEN:
Post a Comment