Malaysia Juara Piala Axiata 2013

Axiata Cup 2013
Malaysia berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Piala Axiata buat kali pertama apabila menundukkan Thailand 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Cheras.

Dengan keputusan itu, Malaysia berjaya menebus kekecewaan peminat tanah air  setelah gagal merangkul kejuaraan pada edisi lepas.

Kejohanan badminton itu menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta).

Atas kejayaan itu, Malaysia membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala Thailand menerima AS$200,000 (RM620,000).

Keputusan penuh Piala Axiata 2013
Pada perlawanan tadi,  Malaysia gagal mengutip mata pertama apabila pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah tewas di tangan  Ratchanok Inthanon 16-21 dan 17-21.

Bagaimanapun Malaysia menyamakan kedudukan menerusi beregu campuran  Goh Liu Ying/Chan yang menundukkan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam 21-16 dan 21-15.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata tidak menghadapi masalah apabila mudah  memberi mata kedua kepada Malaysia dengan mengetepikan  Tanongsak Saensomboonsuk 21-12 dan 21-18.

Akhirnya, Malaysia memperoleh mata kemenangan apabila Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya mengekang kehebatan  Boonsak Ponsana/Songphon Anugritayawon dengan 21-10 dan 21-17.

Malaysia Juara Piala Axiata 2013 Unknown Rating: 5

0 KOMEN:

Post a Comment