Datuk Yusof Haslam Bercadang Buat Filem Lahad Datu

Prihatin dengan konflik yang sedang melanda di Sabah ekoran insiden pencerobohan daripada kumpulan yang didakwa mewarisi keturunan Sulu di Lahad Datu pengarah juga penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam melahirkan hasrat untuk membuat filem berkenaan Lahad Datu.


Menurutnya, beliau mahu menghasilkan sebuah filem yang mengambil kisah daripada konflik yang terjadi di daerah yang terletak pantai timur Sabah itu.

“Hasrat tu ada. Tapi untuk waktu sekarang, belum lagi. Buat masa ni apa yang penting adalah kita semua mendoakan keselamatan wira-wira kita yang sedang berjuang di Sabah. Kita berdoa agar mereka semua selamat dalam mempertahankan keamanan negara kita”, katanya kepada Malaysia Digest.com.

Beliau yang memang sinonim dengan bikinan drama mahupun filem bercorak kepolisan pernah menghasilkan drama bersiri Gerak Khas (1999) juga filem pecah panggung menerusi Gerak Khas The Movie (2001), Gerak Khas The Movie II dan GK3 The Movie.



p/s : idea yg baik, tp biarlah filem tu berdasarkan KISAH BENAR.

#Pray For Sabah

Datuk Yusof Haslam Bercadang Buat Filem Lahad Datu Unknown Rating: 5

0 KOMEN:

Post a Comment