Taki Takazawa, bekas pembuat tattoo Yakuza |
Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa
dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh
dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun,
Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling
ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah
dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila
dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid
di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa
menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa
melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga
mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah
kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya
seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan
Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan,
Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti
kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut
aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa.
Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang
menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi,
Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya,
“katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid
di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu
beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia
menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.
0 KOMEN:
Post a Comment