Kisah Gadis Manis Yang Menjadi Maskot




Meskipun tiada yang salah pada pekerjaan gadis China ini, orang ramai tetap terharu dengan kisahnya. Tidak disebutkan siapa Gadis Maskot ini. Penulis hanya mengatakan Gadis Maskot ini tidak setanding kecantikkannya berbanding model-model yang berpose bersama-sama kereta-kereta terbaru ketika pameran tersebut. Si juru foto mengatakan dirinya merasa tersentuh dengan gadis yang bekerja selama enam jam itu. Dengan beban berat dikepalanya dan baju tebal yang panas, gadis ini mesti memenuhi permintaan pengunjung untuk bergambar dengannya sebagai maskot pameran kereta itu.



Berikut adalah penceritaan yang disampaikan oleh Juru Foto tersebut sendiri melalui gambar-gambar Gadis Maskot yang diambilnya secara diam-diam:

1) Ketika ini saya belum tahu orang di sebalik maskot itu, Gadis Maskot yang sering melayan kerenah pengunjung untuk bergambar bersamanya.

2) Tanpa sengaja saya melihatnya sedang membuka topeng kerana kepanasan. Rupa-rupanya dia seorang gadis.Saya terus mengarahkan kamera kepadanya,dan perlu mengatur setting kamera terlebih dahulu.

3) Saya hanya 10 meter darinya. Foto ini saya ambil setelah mengubah setting kamera saya. Maskot ini sebenarnya ada tiga, namun dua rakan maskotnya sedang betugas pada ketika ini.Dia sedang beristirehat beberapa minit disebalik pintu gerbang, sementara saya sedang bersembunyi agar dia tidak menyedari kehadiran saya.

4) Dia memakai semula pakaian maskot dan bersiap untuk bekerja semula setelah beberapa minit berehat sambil mendinginkan tubuhnya.

5) Dia sedang mengangkat topeng yang akan dipakaikan di kepalanya.

6) Dia bergerak untuk menarik perhatian pengunjung. Saya membelakanginya dan mengambil gambarnya secara diam-diam.

7)Dia menghiburkan orang ramai. Tapi dia tidak boleh berbusana untuk memperlihatkan daya tarikannya yang sebenar, seperti yang dilakukan oleh gadis-gadis model yang ada di pameran kereta itu.

8) Dia bergambar bersama pengunjung wanita yang mungkin ingin memuat naik gambar tersebut ke FB ataupun Twitternya.

9) Saya agak marah dengan pemuda yang berada di belakang maskot kerana memutar topeng besar itu. Jika topeng itu terjatuh apa yang bakal si Gadis Maskot rasa apabila orang ramai melihat wajahnya kelak dan mengenai siapa dirinya sebenar.

10) Maskot lain melintas. Saya fikir gadis ini lebih beruntung kerana wajahnya tidak tersembunyi disebalik topeng besar.

11) Pemuda ini tahu bahawa yang sedang dirangkul merupakan seorang gadis. Anda saja Gadis Maskot tidak bertopeng, mungkin dia tidak
mahu untuk bergambar seperti ini.

12) Gadis Maskot keluar untuk berehat semula. Kali ini jarak saya dengannya hanya 6-7 meter.

13) Dia kelihatan berpeluh kerana kepanasan. Tapi udara segar mungkin akan mengembalikan tenaganya semula.

14) DIa kelihatan terlalu letih dan keberatan untuk menurunkan topengnya itu.

15) Saya meneka dia adalah seorang mahasiswi, tetapi saya tidak berani bertanyapadanya, walaupun untuk memujinya. Saya rasa saya tidak membuat atau kesalahan atau melanggar undang-undang kerana mengambil gambar seseorang
tanpa kebenaran.

16) Beberapa fotografer profesional yang mengambil gambar gadis-gadis model yang bertubuh lebih tinggi dari Gadis Maskot sedang berpose bersam kereta. Mungkinkah Gadis Maskot ada berasa iri hati?

17) Dia kembali melayani pengunjung untuk bergambar bersamanya, Lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, botak dan
rambut panjang, semuanya tidak terkecuali.

18) Ini setelah satu jam saya menintip dirinya, dia kelihatan sangat letih.

19) Di sini dia perasan saya sedang mengambil gambarnya, dia menjadi kau. Dipegangnya topeng besar itu, duduk berjongkok lalu membuka baju luarnya.

20) Dia kelihatan sangat bahagia.

21) Ketika matahari terbenam, dia menyaksikan kerumunan orang dari sudut yang sepi.

22) Saya berada hanya 10 meter darinya. Dia seperti mengatakan sesuatu kepada pekerja sampah. Dia senyum dengan lesung pipi yang besar.

23) Seorang model melintasinya. Saya melihat ada keinginan si Gadis Maskot untuk menjadi Cinderella.

24) Sebuah pemandangan kontras antara sebuah gaya hidup dan keterpaksaan hidup. Mungkin keduanya sedang berada dalam realiti. Tetapi realiti si Gadis Maskot tidak boleh untuk Glamour.

25) Foto akhir ini mungkin akan membuat perubahan bagi dirinya. Foto-foto yang saya ambil ini mudah-mudahan akan membuatnya
terkenal. Saya sangat terharu ketika gambar ini diambil. Saya tidak tahu, adakah dia dia mengelap peluh atau air mata. Inilah kerja keras seorang gadis yang harus kita jadikan inspirasi.


p/s : sesiapa yg tahu tolonglah bagitahu kesudahan cerita ini ngan admin... nak tahu juga apa jadi dengan Gadis Maskot ni selepas gambar2nya ini menjadi perhatian orang ramai.

Kisah Gadis Manis Yang Menjadi Maskot Unknown Rating: 5

0 KOMEN:

Post a Comment