Kalau dulu, menjelang hari raya kita
akan sibuk menghantar kad raya untuk kawan-kawan dan saudara. Tapi
sekarang tradisi kad raya telah diganti dengan SMS ucapan hari Raya yang
lebih pantas dan mudah.. Pelbagai jenis ucapan SMS Raya yang akan
dihantar. AdaSMS Raya lawak dan ada yang berbunga-bunga.
Bagi yang ingin mencari himpunan
SMS Ucapan Raya yang lawak dan menarik, berikut beberapa Ucapan sms
raya untuk rujukan. Korang boleh Copy Paste dan hantar kepada saudara
dan rakan-rakan korang. SELAMAT HARI RAYA.
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
_____________________________________
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua
ter lagi,
0-0 aaa.
_____________________________________
Kata Al-Ghazali : yang jauh itu
WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu
AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang
indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.
_____________________________________
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
_____________________________________
Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
_____________________________________
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
_____________________________________
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.
_____________________________________
Cahaya ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
_____________________________________
Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut,
hari raya Aidil Fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf zahir dan batin.
_____________________________________
Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
_____________________________________
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
_____________________________________
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,
_____________________________________
Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan di Aidil Fitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tak lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.
_____________________________________
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.
_____________________________________
B4 AidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awal2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..
_____________________________________
BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.
_____________________________________
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
_____________________________________
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.
_____________________________________
Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yg x kena,
TERtanya yg x tentu hala,
TERsasul yg x sengaja,
TERpukul kat mana2,
TERpinjam harta benda,
TERmoody x semena2,
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
_____________________________________
Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN.
_____________________________________
Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!
_____________________________________
Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!
_____________________________________
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
_____________________________________
Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.
_____________________________________
Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta...
_____________________________________
“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya
belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi
ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap
diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti
disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak
disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama
penghantar dan family)
_____________________________________
ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)
_____________________________________
No comments:
Post a Comment